10 Kunci Dalam Menghayati Kalamullah

Apakah kunci kepada penghayatan dalam membaca Kalamullah?

Baca sekadar baca tanpa penghayatan.
Sudah tentu merugikan jika berterusan begitu.

Jika Al-Quran diturunkan kepada gunung, ia akan tunduk khusyuk dan terbelah kerana takut kepada Allah.


“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.

Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”

(Surah Al-Hasyr : 21)

belajar-alquran

Dalam artikel ini, kami tuliskan 10 kunci untuk menghayati ayat Al-Quran yang anda baca:

Kunci #1 – Hati Yang Cinta Pada Al-Quran

Sesungguhnya apabila hati sudah mencintai, maka rindu menjemput dan ingin bertemu selalu.

Begitu juga dengan Al-Quran. Mencintai Al-Quran menzahirkan beberapa tanda:

  1. Gembira bila bersua dengannya.
  2. Duduk lama bersama tanpa rasa bosan.
  3. Selalu rindu bila tidak bertemu.
  4. Berusaha menghilangkan antara dia dan kitabullah.
  5. Sentiasa merujuk kepadanya dalam setiap masalah hidup yang dihadapi.
  6. Taat akan perintah dan larangannya.

 belajar-alquran-dewasa

Kunci #2 – Mengukuhkan Tujuan Membaca Al-Quran

Rasullullah s.a.w. bersabda:

“Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.”

(Hadis riwayat Bukhari)

5  matlamat utama membaca kitab Allah ialah:

  1. Mengharapkan pahala.
  2. Bermunajat dengan Penciptanya.
  3. Mengaharap redhaNya
  4. Mendapatkan ilmu.
  5. Bertujuan untuk mengamalkannya.
Mahu belajar Alquran dari Asas? Klik SINI SEKARANG!

istiqamah baca alquran

Kunci #3 – Solat Tahajud Bersama Al-Quran

Kunci utama penghayatan Al-Quran yang baik adalah membaca Al-Quran ketika solat tahajud.

Sabda Rasullullah s.a.w.:

“Apabila seorang ahli Al-Quran mengamalkannya, dia baca Al-Quran di malam dan siang hari, niscaya hafalannya terjaga.

Tapi kalau ia tinggalkan maka hilanglah hafalannya”

(Hadis riwayat Muslim)

delokalqurandotcom-tips-seronok-alquran

Kunci #4 – Membaca Al-Quran di Malam Hari

Waktu malam, menjelang fajar merupakan waktu yang sangat baik untuk menghayati dan merenungi ayat–ayat Al-Quran.

Inilah waktu yang barakah, dimana Allah s.w.t. membuka pintu–pintu langit untuk diangkat doa orang yang meminta.

Di waktu ini, suasana sungguh tenang dan sunyi.

“Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.”

(Surah Al-Muzammil : 6)

Kunci #5 – Mengkhatamkan Al-Quran Dalam Seminggu

Inilah amalan para sahabat Rasullullah s.a.w. dan para Salafus Soleh.

Istilah Salafus Soleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat nabi, tabi’in (para murid sahabat) dan tabi’ut tabi’in (para murid tabi’in).

Merekalah orang yang paling menghayati dan mengamalkan ayat-ayat suci.

khatam-alquran

Kunci #6 – Membaca Al-Quran Melalui Hafalan

Mereka yang menghafal Kalamullah lebih mudah merenungi dan menghayatinya.

Sabda Rasullullah s.a.w.:

“Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada al-Qur’an walaupun sedikit, seperti rumah yang telah usang”

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Kunci #7 – Mengulang Ayat Bacaan

Tujuan pengamalan teknik ini adalah untuk memahami ayat yang dibaca. Makin kerap diulang, makin baiklah pemahaman dan penghayatannya. Para Salafus Soleh sering menggunakan teknik pengulangan ini, mengikut langkah Rasullullah s.a.w.

Ibnu Qayyim menulis dalam bukunya:

“Membaca satu ayat dengan memikirkannya dan memahaminya lebih baik daripada membaca seluruh ayat sampai khatam tanpa menghayatinya dan memahaminya.

Ia juga lebih bermanfaat bagi hati dan lebih bisa diharapkan menambah keimanan dan membuat pembacanya dapat mengecap manisnya Al-Quran.”

celikalqurancom-slide1-alquran-macbook

Kunci #8 – Mengaitkan Makna Al-Quran Dengan Realiti Kehidupan

Jadikan Kalamullah sebagai landas rujukan untuk sebarang masalah yang dihadapi di dunia ini.

Setiap jawapan pasti ada di dalam Al-Quran, tinggal kita yang rajin mahu mencari dan percaya.

Kunci #9 – Membaca Al-Quran Secara Tartil

Disunnahkan membaca Kalamullah dengan tartil beerti bacaannya perlahan, mengikut tajwid dan menghayati makna setiap ayat yang dibaca.

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

(Surah Sad : 29)

istiqamah mengaji alquran

Kunci #10 – Menyaringkan Suara Membaca Al-Quran

Rasullullah s.a.w. telah memerintahkan umatnya membaguskan bacaan Al-Quran dan dinyaringkan sedikit alunan ayat suci kitab ini. Bacaan sebegini akan terkesan di hati.

Dari Ibnu Abbas r.a.:

“Kalau kamu baca Al-Quran, maka bacalah dengan bacaan yang boleh didengar telingamu dan difahami mata hatimu.”

Baca juga: Ketahui Tips Mudah Hafal Asmaulhusna

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

Sukan dan Al-Quran (2)

Bersukan di dalam Islam adalah dituntut. Walaupun ia tidak ditulis secara terus di dalam Al-Quran untuk umatnya, namun ia dizahirkan melalui Sunnah-sunnah kehidupan harian Rasulullah.

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian