2017, Apakah Azam Al-Quran Tahun Baru Anda?

Tahun baru bakal menjelma.

Hanya beberapa hari sahaja lagi.

Seperti biasa, saban tahun, manusia akan menjadikan tahun baru sebagai tanda mula anjakan paradigma yang baru.

Azam dan cita-cita ditulis sebagai lakaran sepanjang tahun yang mereka idamkan.

Ia sebuah doa atau perjalanan pertama ke arah sebuah perubahan yang arah yang lebih baik dan positif.

Apalah hidup tanpa impian.

Ada cita-cita yang ditulis di atas kertas, ada yang hanya diniatkan di dalam hati.

Apa yang penting ialah usaha ke arah melaksanakan azam baru tersebut.

Usah biarkan ia sekadar angan-angan kosong.

Azam tahun baru perlu dibahagikan kepada beberapa katogeri.

Antaranya azam untuk kerjaya, azam untuk kesihatan diri, azam untuk keluarga, azam simpanan peribadi dan macam-macam lagi.

Apa kata, tahun ini, kami sarankan agar anda menambah satu lagi azam dalam kehidupan baru yang bakal menjelma tidak lama lagi. Azam mengaji Al-Quran.

Azam mengaji Al-Quran juga boleh dibahagikan kepada beberapa katogeri :

 

al4

 

#1 Lancarkan Bacaan

Kami membuat unjuran mudah.

Ia boleh diaplikasikan kepada sesiapa. Letakkan azam ini sebagai prioriti pencapaian diri tahun ini.

Jika yang tidak pernah kenal Al-Quran, marilah mula belajar dari alif ba ta.

Jika yang masih merangkak, marilah kita bersama tingkatkan usaha untuk lebihkan masa membaca agar lancar bacaan dari hari ke hari.

Jika yang sudah mahir sekalipun, teruskan membaca agar tiada lagi bacaan yang tersekat kerana kita jarang membaca.

 

al1

 

#2 Hafazan

Mulakan azam kecil untuk menghafaz surah-surah mudah.

Mungkin surah pendek dari juzu’ 30.

Ulang bacaan di video, radio atau internet berkali-kali agar ia menjadi halwa telinga yang terserap ke hati.

Jika yang sudah menghafal surah pendek, mungkin boleh mula mengambil cabaran menghafaz surah yang lebih panjang.

Mulakan dengan surah yang anda selesa dan suka. Semua surah ada hikmah dan manfaat untuk si pembaca, insyaAllah.

 

al3

 

#3 Kenali tajwid

Tajwid adalah hukum bacaan yang perlu dijaga ketika membaca Al-Quran.

Ianya aturan mudah.

Tartil membaca perlu dijaga agar maksud sebenar bahasa Arab yang cuba disampaikan itu ditafsirkan dengan betul.

Ia juga akan menghasilkan alunan indah apabila tajwid dan makhraj dijaga dengan baik. Bina satu azam untuk mahu belajar tajwid sebulan dua kali atau seminggu sekali.

InsyaAllah, Allah akan memberikan masa dan jalan kepada mereka yang mahu.

 

al2

 

#4 Terjemahan Maksud

Selain membaca, apa kata tahun ini kita mula mendalami maksud wahyu yang cuba disampaikan Allah kepada kita.

Lakukan ia seminggu sekali. Pilih hari yang anda selesa.

Baca terjemahan dari mana-mana surah pilihan anda. Renung, tenung, tulis kembali.

Di diari atau laman sosial yang anda boleh rujuk kembali.

Jika satu minggu satu surah, satu tahun, anda sudah membaca 52 surah dan faham cerita di sebaliknya.

Semoga kita istiqomah melakukannya sepanjang tahun nanti.

 

2017 Calender on the red cubes

 

#5 Khatam Al-Quran

Sebaik-baiknya, tanamlah azam untuk khatam Al-Quran, paling kurang setahun sekali.

Jika dapat lebih dari itu, MasyaAllah, Tabarakallah, ia rezeki yang Allah beri.

Tanamlah juga azam untuk khatam di dalam bulan Ramadhan jika mampu.

Rancang bacaan anda dari sekarang.

Berapa muka surat yang perlu dibaca sehari, seminggu dan sebulan.

Awali niat itu dengan Basmallah.

InsyaAllah, anda mampu melakukannya, lebih dari sekali, jika anda mahu!

Semoga Allah permudahkan perjalanan Al-Quran untuk tahun 2017 buat semua yang mahu menumpang barakah kitab suci ini.

Kami doakan untuk semua.

 

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian