3 Aplikasi Yang Boleh Digunakan Untuk Yang Baru Mula Belajar Mengaji

Mengaji adalah perkara yang dituntut. Tapi mesti ada yang inginkan aplikasi yang boleh memudahkan mereka untuk mengaji.

Sebelum ini mengaji akan dilakukan di masjid atau madrasah yang dipimpin oleh seorang ustaz.

Pelajar yang sedang belajar mengaji juga datang dari pelbagai usia.

Terdapat ‘3 app’ yang sangat sesuai digunakan bagi mereka yang baru mula belajar mengaji.

#1 Aplikasi Belajar Mudah Hijaiyah

Ini adalah salah satu app yang boleh digunakan bagi mereka yang baru mengenal huruf hijaiyah dengan mudah.

App ini mempunyai kepelbagaian warna yang akan menaikkan semangat pengguna untuk belajar mengenal huruf.

#2 Belajar Huruf Jawi Alif Ba Ta

Seterusnya app kedua ini juga sebuah app yang sesuai digunakan bagi yang sukar nak kenal huruf.

App ini disediakan gambar-gambar supaya pembaca dapat mengenal huruf sekiranya melihat gambar yang digunakan.

#3 Belajar Huruf Hijaiyah

App ini sangat menarik kerana selain disediakan huruf-huruf hijaiyah, terdapat juga permainan-permainan menarik bertemakan huruf hijaiyah.

Apa tunggu lagi boleh dah anda semua nak download app-app menarik ini. Selain bermain anda boleh belajar mengenal huruf-huruf hijaiyah.

BACA JUGA : 10 Aplikasi Al-Quran Kegemaran Rakyat Malaysia

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian