Apa 3 Step Belajar Mengaji Dari Kenal Huruf?

Bukan mudah untuk buang malu belajar mengaji Alquran dari awal.

Tambahan pula apabila usia dah bertambah.

Rasa segan, rendah diri, malu dan macam-macam perasaan bersimpang siur.

 

Cara ‘Orang Lama’ Belajar Mengaji

Orang tua belajar mengaji lain dari budak-budak.
Budak-budak kita suruh.
Orang tua kita galak.

 

Orang tua ada mudah sensitif. 
Mengajar mereka mengaji perlu ada ‘finesse’ atau seni.

(*Baca orang tua sebagai orang dewasa)

 

Dalam post kali ini, kami kongsikan ‘step by step’ untuk golongan dewasa mula belajar mengaji.

Ada 3 step yang kongsikan disini;

 

1. Benarkan diri buat ‘KESALAHAN’

Ini tips paling penting! Ulangan, ini tips PALING PENTING!

Ya, biarkan saja mulut kita buat bunyi pelik yang otak kita kata salah tu.

 

Contoh nya huruf ‘dal’. Sebetul nya, bunyi dal macam bunyi lidah pelat anak kecil menyebut D.

Selama ini kita sebut huruf ‘dal’ macam ‘D’.

Huruf ‘dal’ ini lembut sifatnya. Memang bunyi nya pelat. Biar orang kata kita pelat kerana bunyi ‘dal’ memang begitu.

 

Percayalah, Allah mudahkan Al-Quran untuk yang mahu belajar. Lagipun Al-Quran itu kan Allah punya?

 

Perkara biasa yang berlaku, kita takut buat salah.

Takut baca salah. Rasa serba salah.

Tapi kalau tak cuba dan sebut sampai bila kita tak tahu betul atas salah kan?

 

Baik, itu step pertama. Ini step seterusnya pula;

 

2. MENIRU

Di sini dibolehkan MENIRU! Dan dapat pahala kerana belajar.

Ini kata kunci, ingat kata kunci ini – TIRU.

Dalam mempelajari bahasa baru (termasuk bahasa arab) kita bermula dengan meniru.

Bayi mula bercakap dangan belajar meniru percakapan.

Al-quran juga begitu. Al-Quran bukan bahasa kita jadi kita mesti meniru.

Kunci penting untuk mengusai sesuatu bahasa itu ialah – TIRU

 

Apabila belajar mengaji Alquran, siapa yang boleh tiru dengan paling baik insyaAllah dia paling betul cara bacanya.

Dah boleh follow step ke-dua?

Jom kita baca step ketiga pula.

 

3. ULANG, ULANG dan ULANG!

Bila guru ajarkan, cuba buat. Ulang buat.
Bila kelakar, gelak sahaja. Kemudian buat lagi! Ulang lagi!

 

Balik ke rumah, latih lagi!

Sambil memandu ulang! Sambil memasak berlatih!
Berlatih sampai jadi natural.

Sampai tak perlu fikir macamana nak sebut.

 

Apabila belajar Alquran, yang PALING PENTING adalah KONSISTEN.

Boleh lihat cara kami bantu seorang pakcik belajar mengaji dari asas melalui program Klinik Talaqqi yang kami adakan.

Program ni belajar secara personal.

Belajar seorang demis seorang dan kita ajar sampai pandai mengaji.

 

 

Dah tonton video ?
Mahu tahu lebih lanjut tentang program Klinik Talaqqi boleh hubungi 018-4747 344

Dengan kesungguhan, insyaAllah tiada istilah terlambat untuk mula mengaji Alquran.

8 Tips Seronok Baca Alquran

Kita semua tahu membaca Alquran dapat pahala. Tetapi kadang-kadang kita rasa kurang seronok untuk membacanya. Kadang-kadang timbul rasa malas, tak bersemangat. Ishh.. Tapi sayanglah kan

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!