3 Perkara Inilah Akan Membakar Semangat Anda Untuk Belajar Mengaji

Membaca Al-Quran ni tak sama dengan membaca buku-buku yang lain.

Ianya perlukan masa, ruang dan perlukan hati yang ikhlas.

Mengaji ini perlu sabar dan consistent.

Mengaji juga tak boleh kena tinggal dan kena selalu buat.

Atleast, seminggu tu kena baca.

Bagaimana nak bagi diri kita ni semangat untuk mengaji?

Ada 3 perkara utama yang kami ingin kongsikan supaya kita rasa semangat nak mengaji.

1. Jangan Merasa Rendah Diri Sekiranya Tidak Mahir Membaca Al-Quran

Memang ambil masa untuk belajar sesuatu yang baru.

Tetapi bila kita berjaya mempelajarinya insyaAllah ianya akan menjadi syafaat dan hujah buat diri kita di akhirat kelak.

Jangan disebabkan kita tak mahir membaca, kita jadi malu dan akhirnya kita tak mahu untuk belajar mengaji.

Sebaliknya cuba tanamkan azam yang tinggi untuk terus belajar kerana Allah tetap akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda.

Tak rugi pun kan?

2. Belajar Mengaji Perlu Berguru

Apabila belajar seorang diri memang mudah rasa malas.

Tapi jika berguru pasti guru akan menyuntik semangat untuk belajar mengaji.

Guru yang membimbing juga boleh menyemak bacaan kita.

Ia penting supaya kesalahan dapat diperbaiki dan tidak berulang lagi. 

3. Bertekad Supaya Dapat Mengubah Diri Ke Arah Lebih Baik Sejajar Pertambahan Usia

Sebelum nak membaca Al-Quran, cuba pasang niat dalam diri yang kita nak berubah ke arah yang lebih baik.

Biarpun umur kita semakin berusia masih sempat untuk berbuat baik dan Allah sentiasa menerimanya.

Kita akan dijanjikan pelbagai nikmat bermula kita mati, sewaktu berada di dalam kubur dan dimuliakan Allah pada hari kiamat kelak.

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu tuan puan yang sedang bersungguh-sungguh mengamal harian dengan membaca Al-Quran.

Sesungguhnya Allah sajalah yang membantu hambaNya yang dalam kesulitan.

Baca juga artikel-artikel menarik disini.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian