3 Tips Untuk Cari Guru Kelas Belajar Mengaji Al-Quran

Saya tahu ramai di luar sana yang ada masalah dalam mengaji al-Quran tapi tak tahu cara untuk mula belajar mengaji.

.

Nak cari guru pun bukannya mudah.

Kadangkala taktahu guru yang sebagaimana sesuai untuk membimbing.

.

Hari ini kami kongsikan 3 Tips untuk cari guru mengaji.

Semoga dengan tips yang dikongsikan ini, dapat membantu anda cepat-cepat mahir mengaji.

.

.

Tips pertama – Guru Faham Psikologi Pelajar Dewasa

Guru tersebut perlulah faham psikologi dalam membimbing golongan dewasa mengaji Al-Quran

.

Cara untuk mengajar mengaji bagi orang dewasa berbeza dengan mengajar mengaji bagi kanak-kanak.

Jadi sebolehnya biarlah kita belajar dengan guru yang khusus dan pakar dalam membimbing pelajar dewasa.

.

Dari istilah pengajaran dan pembelajaran, skill mengajar kanak-kanak dipanggil sebagai Pedagogi. Manakala bagi skill mengajar orang dewasa pula dipanggil sebagai Andragogi.

Penguasaan ilmu membimbing dan mengajar orang dewasa dalam kelas mengaji sangat penting supaya pelajar mendapat hasil yang maksimum dalam proses mereka belajar mengaji Al-Quran.

.

Tips kedua – Guru Tahu Cara Tegur

Guru tersebut perlulah menguasai cara menegur kesalahan bagi pelajar dewasa.

Maklumlah pelajar dewasa kebanyakannya umur dalam lingkungan 40-an ke atas.

.

Apabila berhadapan dengan pelajar dewasa, cara teguran perlu kelihatan lebih tenang dan tidak rasa digurui. Umpama teguran seorang sahabat kepada sahabat yang lain.

Perlu pemilihan perkataan yang betul dan baik dalam menegur.


Pemilihan perkataan yang positif dan menenangkan hati mereka adalah sangat penting supaya pelajar dewasa ini rasa seronok belajar mengaji.

.

Supaya pelajar tidak berkecil hati. Kerana boleh jadi apabula silap cara teguran, pelajar dewasa terus ‘turn off’ dan tidak mahu meneruskan kelas.

Seterusnya menyebabkan terbantut hasrat mereka untuk mahir mengaji.

Jadi, cara guru menegur pelajar sangat penting.

.

.

Tips ketiga – Pembelajaran dibuat secara persendirian atau personal.

Bagi memudahkan guru membimbing dan ‘track progress’ pelajar, pembelajaran secara personal sangat digalakkan.

Ini disebabkan pelajar dewasa perlukan perhatian yang lebih ketika mereka belajar.

.

Apabila sesi kelas dijalankan secara persendirian, pelajar juga dapat bertanya secara lebih bebas kepada guru tentang bab-bab yang kurang difahami.

Pelajar juga kurang merasa malu dan rendah diri apabila sesi pembelajaran dibuat secara persendirian atau personal.

.

P/s: Nak ada guru yang tolong semak sebutan dan bacaan Al-Quran anda? Sambung baca Kelas Bimbingan Individu (klik pada link disebelah)

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian