4 Kepentingan Mempelajari Dan Memahami Al- Quran

Pastinya kita semua tahu belajar dan mengaji Al-Quran tu penting. 

Sebab bila dah pandai baca Al-Quran nanti, kita boleh selalu amalkan bila-bila masa. 

Tapi mesti ada juga yang tertanya-tanya kenapa kita nak kena betul-betul pandai membaca Al-Quran, bukan sekadar boleh baca dan juga kalau boleh kita faham terjemahannya sekali . 

Saya yakin, ramai yang boleh baca Al-Quran sebab kita pernah belajar dulu masa sekolah kan? 

Tapi adakah kita masih baca ikut hukum-hukum yang pernah diajar dulu? 

Atau kita dah lama tak baca dan lupa pasal hukum, tajwid dan sebutan yang betul.

Disini ingin kami senaraikan dan kongsikan untuk anda 4 kepentingan kenapa kita nak kena pandai dan fasih baca Al-Quran. 

1. Al-Quran ni merupakan kitab suci yang  agung  dan penuh mukjizat yang menjadi pegangan setiap orang Islam. 

Ini kerana ia merupakan “Kalamullah” yang menjadi panduan hidup kita.  

2. Bila kita mempelajari Al-Quran bermula dari mengenal huruf, hukum-hukum bacaan dan maksud serta terjemahan Al-Quran dah tentunya nanti memudahkan kita memahami maksud dan sekaligus mengamalkannya bila-bila masa. 

3. Bila kita baca Al-Quran, ia mampu menenangkan hati dan jiwa. 

Ayat-ayat yang lembut susun aturnya seolah-olah kita berkomunikasi dengan Nya. 

4. Membentuk keluarga solehah. 

Bila kita sekeluarga mengamalkan membaca Al-Quran, tentunya kita bakal mendidik dan membentuk keluarga yang solehah. 

Ibu, bapa dan anak-anak boleh sama sama jadikan amalan membaca dirumah .

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى  عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ  اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَةٌ

Maksudnya“Al-Quran ini adalah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

                                                                                            Riwayat Al-Hakim

Kita selalu sibuk mempelajari subjek-subjek teras dan juga akademik.

Al-Quran juga mestilah diutamakan.

Al-Quran mempunyai garis panduan kehidupan untuk menuju ke Syurga. 

Kedua-dua pembelajaran dan ilmu sangat penting dalam kehidupan kita semua. 

Jadi, eloklah kita cepat-cepat cari peluang untuk belajar mengaji Al-Quran supaya kita boleh seimbangkan ilmu dan pengetahuan kita untuk ilmu dunia dan akhirat nanti.

Celik AlQuran menawarkan kelas mempelajari Al-Quran secara terus bagi pelajar dewasa untuk menambahbaik pembacaan dan juga memahami konteks kandungan Al-Quran. 

Tenaga pengajar Celik AlQuran merupakan guru yang berpengalaman dan berdedikasi.  

Kelas Celik AlQuran ada menawarkan kelas secara offline dan online sebagai pilihan dan semestinya untuk memudahkan bakal pelajar mereka. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari sedikit informasi dari pautan disini : 

Kelas Bimbingan Individu


Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian