4 Perkara Kena Buat Sebelum Masuk Kelas Mengaji

Tentunya kita terfikir-fikir apa persediaan yang kita nak kena buat sebelum nak masuk

kelas mengaji kan ?

 

Jangan risau, bukanlah persediaan yang berat pun. Mungkin ada sedikit perkara yang kita

terlepas pandang . 

Jadi jom kita sama-sama semak, apa persediaan kecil yang kita nak kena

buat sebelum masuk kelas mengaji.

.

1) Buat carian atau survey kelas mengaji yang sesuai dengan masa kita. Kalau tak pilih masa yang sesuai, nanti dah daftar kelas, risau tak boleh atau susah nak datang pula.

 

Yelah, mungkin tersama pula dengan waktu anak kelas tuisyen ke, kelas seni ke kan?

 

Sekurang-kurangnya kalau kita dah ada slot masa khas untuk kelas mengaji , tentunya tak terkejar-kejar nanti.

.

 

2) Persediaan dari segi emosi. Buang rasa malu.

Kita tak perlu rasa malu nak mengaji ni, kerana ianya ilmu yang cukup berharga.

Terapkan rasa bangga kerana kita bakal fasih dan mahir mengaji. Insha’Allah.

.

 

3) Daftar. Ya, ini persediaan yang paling penting ni.

Kenalah daftar dulu sebelum masuk ke kelas mengaji kan.

Kalau tak daftar, macam mana nak masuk kelas kan? 

Tak tahu nak daftar kelas kat mana ? Boleh daftar di Celik Quran terus secara online tau.

 .

 

4) Lokasi pentingkah ?

Bergantung kepada kemampuan pergerakan seseorang. 

Kalau ada kenderaan sendiri dan mudah untuk bergerak kesana kesini, boleh lah pilih kat mana-mana lokasi kita suka.

.

Kalau tak, kita cari yang berdekatan dengan rumah atau tempat kerja .

Jika tak jumpa yang dekat dengan rumah..

Ada juga yang jalankan kelas secara online. Boleh je daftar belajar secara online.

Saya harap 4 tips persediaan ini membantu sedikit sebanyak untuk merancang dan secara tak langsung mendapat ketenangan ketika mengaji nanti.

Taknak rushing-rushing dan resah 
gelisah nanti tau.

 

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat. Ia adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’.  Ia adalah keikhlasan pengisytiharan Keesaan Allah yang Satu. Surah

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian