4 Sebab Seronoknya Masuk Kelas Mengaji

Mesti tuan puan pernah terfikir apa yang seronoknya bila masuk kelas mengaji ni? Mengaji sendiri di rumah pun boleh. 

Inilah sebab-sebab seronoknya bila kita masuk kelas mengaji.

Pertama : BELAJAR SAMA-SAMA

Kita belajar sama-sama untuk kenal huruf, hukum-hukum dan sebutan sampailah kita khatam dengan jayanya.

Seronok kan ?

Kedua : BOLEH JUMPA KAWAN-KAWAN BARU

Kat kelas mengaji ni, kita boleh jumpa dan buat kawan baru. 

Boleh tambahkan lagi silaturahim dengan orang lain. 

Bertukar-tukar idea dan pendapat, malah boleh buat ulang kaji sama-sama nanti. 

Ketiga : FOKUS, SELESA DAN SERONOK 

Bila kita berada di dalam kelas, kita lebih tenang dan mudah fokus bila belajar.

Ini kerana suasana mengaji yang betul dan dikelilingi dan dilengkapi dengan bahan rujukan yang lengkap.

Pada masa yang sama, kehadiran guru-guru atau ustaz & ustazah yang sentiasa bersedia untuk membantu dan mengajar.

Keempat : DAPAT BETULKAN BACAAN SURAH AL-FATIHAH

Bacaan yang kita tak sedar selama ni kita tersalah sebut. Kita ingat bacaan Al-Fatihah kita selama ni dah betul.

Maklumlah setiap hari kita baca Al-Fatihah kan?

Tiba-tiba, masa kita masuk kelas, masa ustaz & ustazah ajar baca Al-Fatihah, baru kita sedar yang bacaan kita salah.

Sebab itulah, bestnya masuk kelas mengaji, baru kita boleh tahu mana-mana bacaan yang kita baca betul atau salah.

Seronok bila kita dapat betulkan bacaan yang salah kan?
PreviousNext

Siapa kata masuk kelas mengaji membosankan? 

Tak kenal, maka tak cinta. 

Yang penting, kita takkan keseorangan. 

Kita akan belajar bersama-sama dengan orang lain dan ianya boleh menyemarakkan lagi semangat nak belajar dengan berkawan-kawan. 

Kalau anda masih tercari-cari kelas mengaji dewasa yang cool dan best, boleh terus daftar di Celik Quran ni.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian