4 Tip Pilih Quran Yang Wajib Anda Ketahui Sebelum Mendapatkannya

pilih quran

Sebagai seorang umat Islam, sudah menjadi kewajipan buat kita beriman dengan kitab dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Dalam erti kata lain, memiliki Al-Quran sudah menjadi keperluan dalam sesebuah rumah untuk memudahkan seseorang mukmin membacanya.

Meskipun Al-Quran kini lebih mudah dibaca secara digital menerusi simpanan secara aplikasi atau menerusi laman web, memiliki sekurang-kuranya Al-Quran secara fizikal pastinya lebih memudahkan. Apatah lagi memegang Al-Quran yang memerlukan wuduk sekaligus membolehkan seseorang memperoleh pahala dengan hanya memegang sahaja.

Dalam pada itu, menerusi lambakan Al-Quran di pasaran, adalah penting buat seorang pengguna mengetahui Al-Quran jenis bagaimanakah yang dibenarkan dan disahkan agar tidak mengalami sebarang isu sewaktu membacanya.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tip yang boleh anda amalkan sewaktu membeli sesebuah Al-Quran.

1. Disemak dan diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Langkah pertama yang harus kita lakukan adalah memeriksa Al-Quran tersebut sama ada ia mempunyai kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri. Kebiasaannya, cop pengesahan dan no kelulusan terdapat dibahagian awal ataupun akhir cetakan al-Quran.

Setelah kita memastikan ianya ada, maka dapatlah kita ketahui bahawa naskhah aslinya telah pun melalui suatu proses semakan oleh ahli lajnah tashih al-Quran, seterusnya dibawa ke peringkat Lembaga Pengawalan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri KDN untuk diluluskan. Ini penting, kerana ia dapat mengenepikan keraguan kita tentang keaslian ayat-ayat al-Quran yang mungkin tersalah atau dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu, perkara ini tidak dapat disahkan sekiranya anda membeli Al-Quran di negara luar di mana pengesahan daripada KDN tidak tersedia.

2. Kualiti Kertas

Dalam mendapatkan Al-Quran, adalah penting untuk anda menyemak kualiti kertas yang digunakan pada Al-Quran berkenaan. Hal ini sangat penting kerana pastinya anda mahukan Al-Quran yang mahu digunakan dalam tempoh yang panjang sekaligus kualiti pembuatannya antara yang perlu diberi perhatian.

Terdapat beberapa jenis kertas yang biasa digunakan dalam cetakan al-Quran, antaranya ialah :

  1. Kertas Putih
  2. Kertas Kilat (putih)
  3. Kertas Premium (kuning)

Dari ketiga-tiga jenis kertas yang biasa digunakan dalam mencetak mushaf tersebut, kertas premium/ kuning luxs merupakan jenis kertas yang dicadangkan untuk dipilih kerana jenis kertas ini menyerap cahaya dan tidak memantulkan cahaya silau, sehingga tidak terlalu gelap dan sesuai untuk tempoh membaca yang lama untuk mata.

Jika sukar untuk menemui al-Quran Paper Premium, al-Quran yang dicetak menggunakan kertas HVS menjadi pilihan kedua. Tidak dianjurkan untuk memilih al-Quran yang dicetak menggunakan kertas terlalu berkilat kerana boleh jadi silau ketika membacanya.

Selain itu, penggunaan kertas yang tebal sekaligus dapat mengelakkan daripada isu kertas mudah koyak sewaktu menyelak atau terkena air.

3. Huruf dan Susun Atur Mushaf al-Quran

Meskipun Al-Quran memaparkan huruf dan ayat yang sama, jenis huruf atau font yang digunakan pada Al-Quran terkadang berbeza membuatkan Al-Quran tersebut lebih sukar untuk dibaca.

Untuk memudahkan bacaan, dicadangkan agar mendapatkan Al-Quran dengan Resam Uthmani. Adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan bersama tajwid berwarna yang pastinya memudahkan anda membaca Al-Quran dengan sebutan yang betul dengan mudah.

4. Memilih al-Quran Sesuai dengan Keperluan

Langkah terakhir dalam panduan mendapatkan Al-Quran adalah memilih Al-Quran bersesuaian dengan keperluan. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis Al-Quran di pasaran di mana anda mungkin terpaksa berbelanja besar dalam mendapatkan Al-Quran yang mungkin tidak diperlukan anda. Berikut antara beberapa jenis Al-Quran yang tersedia di pasaran.

  1. Al-Quran Mushaf lengkap tajwid berwarna dan waqaf ibtida’ merupakan pilihan terbaik buat anda ingin mahir dalam membaca Al-Quran. Tanda berwarna yang tersedia secara tidak langsung membantu anda dalam mebaca Al-Quran dengan lancar mengikut hukum tajwid.

 
2. Al-Quran beserta terjemahan bersaiz kecil seperti al-Quran Multazam atau al-Haramain A5 sesuai digunakan untuk anak-anak di sekolah mahupun di rumah.

3. Al-Quran dengan tema Muslimah lengkap dengan Tajwid Berwarna dan Terjemahan sesuai untuk ibu, dan wanita kerana bentuknya yang menarik, moden ditambah dengan huraian tema muslimahnya.

4. Selain itu, terdapat juga al-Quran yang lengkap dengan pelbagai rujukan tafsir, hadis dan sebagainya. Iaitu al-Quran Amazing, lengkap 33 Panduan Hidup Manusia. Membimbing kita bagaimana untuk berinteraksi dengan al-Quran.

Apa yang penting adalah meskipun apa jenis Al-Quran yang digunakan, diharap penggunanya dapat terus mengamalnya secara konsisten sekaligus menjadi syaraat buat pembacanya di akhirat kelak. Semoga amalan membaca Al-Quran bakal meletakkan kita sebagai golongan yang memperoleh syafaat daripada Allah S.W.T.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian