4 Waktu Paling Baik Untuk Umat Islam Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah satu mukzijat yang diturunkan kepada umat nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup mereka dan dapat memberi syafaat.

Tapi tahukah tuan puan ada waktu-waktu yang paling baik untuk kita membaca Al-Quran.

Ketika Solat

Menurut Imam Nawawi, waktu yang paling utama untuk membaca Al-Quran adalah ketika sedang solat.

Selain itu, menurut mazhab Syafi’e memanjangkan berdiri ketika solat lebih utama berbanding berlama-lama ketika sujud.

Sepertiga Malam

Yang keduanya ialah membaca Kalamullah pada waktu malam.

Diantara semua waktu malam, sepertiga malam adalah bahagian yang paling utama.

Dianggarkan sekitar pukul 1 pagi sehingga masuk waktu subuh.

Waktu sahur juga termasuk dalam sepertiga malam.

Selepas Waktu Maghrib

Imam Nawawi ada menyebut yang bacaan Kalamullah diantara waktu Maghrib dan Isyak adalah perkara mahbubah (disukai).

Selepas Subuh

Selepas Subuh adalah waktu yang paling utama untuk membaca Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah mendoakan kepada umatnya supaya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu paginya.”

HR Tirmidzi

Kesimpulannya, membaca Al-Quran berbeza dengan solat kerana solat mempunyai waktu-waktu yang dilarang untuk mendirikannya.

Berbanding dengan membaca kitab Allah ini yang boleh dibaca bila-bila masa sahaja.

Ada lagi hari-hari terbaik membaca Al-Quran iaitu Jumaat, Isnin, Khamis, dan hari Arafah.

Selain itu, 10 hari yang paling utama yakni 10 hari pertama Zulhijah dan 10 hari terakhir Ramadan.

Dan sebaik-baik bulan yang baik untuk membaca kitab suci ini adalah pada bulan Ramadan. Wallahualam.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian