5 Cara Mudah Elak Penyakit Nyanyuk Untuk Mudah Mengaji. Mesti Cuba!

Ramai yang akan risau sekiranya diri mereka sudah menunjukkan tanda-tanda mudah lupa sesuatu.

Risau sangat sekiranya dah belajar kenal huruf tapi asyik lupa.

Bersabar tuan puan. Jangan mengeluh dulu.

Mari saya kongsikan beberapa cara bagi mengelakkan penyakit lupa ini.

Ada 5 cara mudah yang tuan puan boleh follow.

#1 Buat Senaman Ringan

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan buat senaman ringan mampu meningkatkan daya kekuatan minda seseorang.

Tak perlu senaman berat-berat pun.

Cukup sekadar berjalan sahaja.

Buat senaman ringan mampu memberi keupayaan untuk mengingati semula sesuatu (memory recall).

Tuan puan cubalah buat senaman ringan di rumah pada hujung minggu.

Bukan ingatan je sihat badan pun berasa cergas semula tau.

#2 Tidur Kena Cukup

Tidur adalah sangat penting bagi setiap individu.

Masa yang diperuntukkan tidak kurang dari 7 jam sehari.

Waktu tidurlah yang mana proses memori-memori tuan puan akan distabilkan dalam minda.

Dari sudut saintifik juga sesiapa yang tidak cukup tidur memang sukar untuk mengingati sesuatu apa yang dia belajar.

#3 Amalkan Meditasi

Salah satu cara paling mudah untuk tuan puan melatih minda untuk mengelakkan masalah lupa adalah dengan melakukan meditasi.

Apabila kita melakukan meditasi otak kita akan berhenti bekerja dan ini akan membuatkan kita lebih fokus.

Kajian menunjukkan apabila seseorang melakukan meditasi konsisten selama 2 minggu,

ia membantu meningkatkan keupayaan seseorang menjawab peperiksaan atau ujian.

#4 Minum Kopi

Tuan puan penggemar kopi?

Baguslah tuan puan minum kopi.

Sebab ada kajian pada tahun 2014 (John Hopkins University) membuktikan,

Bahan kafein dalam kopi membantu meningkatkan keupayaan otak kita dalam tempoh 24 jam selepas minum.

Kopi juga membantu kuatkan ingatan dalam jangka masa panjang.

Kafein juga membantu seseorang mengingat corak dan bentuk yang berbeza dengan lebih baik.

#5 Makan ‘Berry’

Bila kita dah berusia ni mesti tuan puan khuatir akan menghadapi masalah pelupa.

Tapi tahukah tuan puan buah-buahan seperti strawberry dan blueberry mampu melambatkan proses kehilangan memori?

Buah-buahan ini membantu memperkuatkan memori bagi golongan berusia.

Makan buah-buahan ini membantu golongan berusia rasa kemurungan atau depresi.

BACA JUGA : Susah Nak Ingat Huruf? Amalkan 5 Tip Ini Untuk Asah Memori Anda

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian