5 Fadilat Membaca Al-Quran Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia di mana telah diturunkan Al-Quran.

Dalam bulan ini, diwajibkan untuk seluruh umat Islam untuk menjalani ibadah puasa selama 1 bulan.

Selain menahan rasa lapar dan dahaga serta mencegah daripada melakukan kemungkaran,

umat Islam diharuskan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang mulia seperti bersedekah, memperbanyakan solat sunat dan membaca Al-Quran.

Setiap agama yang dianuti oleh semua manusia pasti mendidik akan perbuatan baik yang dilakukan pasti terdapat manfaat dan fadilat yang tersendiri.

Terdapat 5 fadilat yang akan dikongsikan apabila kita membaca Al-Quran  dalam Bulan Ramadan : 

1. Pupuk rasa semangat istiqamah

Sudah menjadi amalan umat Islam mengambil kesempatan pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan rahmat.

Semua orang berazam memastikan mereka dapat khatam dengan membaca serta bertadarus al-Quran.

Al-Quran adalah zikir yang paling agung dan kebanyakan kita akan berlumba untuk khatam pada Bulan Ramadan.

2. Pahala berlipat kali ganda

Seperti yang kita ketahui, membaca satu huruf Al-Quran akan memperoleh sepuluh kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” 

(HR. Tirmidzi)

3. Dinaungi para malaikat

Kebaikan yang akan kita peroleh apabila membaca Al-Quran dalam Bulan Ramadan ialah naungan daripada para malaikat.

Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Orang-orang yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca Al-Quran tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala.”

(HR Bukhari dan Muslim)      

4. Ketenangan hati

sempena bulan Ramadan ini, adalah amat baik jika kita dapat memperbanyakkan bacaan Al-Quran.

Amalan membaca Al-Quran ini hendaklah diteruskan setiap hari kerana kelebihan dan kemuliaan pembaca Al-Quran ini akan mendapat ketenangan hati.

5. Kedudukan disisi Allah SWT

Al-Quran juga akan menjadi pembela di akhirat kepada mereka yang membacanya di dunia ini.

Allah SWT juga mengangkat tinggi kedudukan orang yang membaca Al-Quran dengan cara istiqamah atau berterusan.

Kesimpulannya, marilah bersama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita sehingga ke akhir hayat kita.

InsyaAllah,

Dengan cara itu kita sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

10 Tip Khatam Al-Quran Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Ramadhan sinonim dengan Alquran. Biasanya pada bulan ini, ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh untuk khatamkan Alquran sekurang-kurangnya sekali. Kami kongsikan tips supaya sempat

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian