5 Fakta Menarik Tentang Al-Quran Dan Sains Yang Tidak Diketahui Ramai

Al-Quran adalah sebuah mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Keaslian dan kesempurnaan yang terdapat pada Al-Quran membuatkan ramai saintis terpegun dengan kitab ini.

Berikut adalah beberapa fakta yang bertepatan dengan ilmu sains yang terkandung dalam Al-Quran.

Kejadian Manusia

Ahli biologi dunia menemui bahawa penciptaan manusia adalah terjadi dengan gabungan sperma dan ovum yang membentuk zigot.

Penemuan ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh ilmuan barat pada 1940.

Proses ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Quran dalam surah Al-Mukminun 12-14:

“Lalu Kami menciptakan anak keturunannya berkembang biak dari air mani yang tersimpan kokoh dalam rahim hingga waktu kelahirannya.

“Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim dalam perut perempuan.”

Peredaran Bumi Dan Matahari

Para saintis telah mengkaji dan membuat kesimpulan bahawa planet-planer mengelilingi matahari manakala bulan mengelilingi bumi.

Mereka juga mendapati bahawa kesemua planet-planet dan bintang mempunyai garis peredarannya sendiri.

Hal ini juga telah dijelaskan oleh Al-Quran sejak lebih 1,400 tahun dahulu.

“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”

Al-Anbiya : 33

“Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”

Yaasin 38

Alam Semesta Yang Berkembang

Pada abad ke-20 ada ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi George Lemaitre telah membuat satu penemuan.

Ianya sangat mengejutkan bahawa alam semesta ini tidak statik sebaliknya terus berkembang dari semasa ke semasa.

Ini juga telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam surah Ad-Dariyat ayat ke 47

“Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya!”

Kekuatan Dan Rahsia Besi

Ahli astronomi moden mengakui bahawa logam besi yang ditemui di bumi ini adalah bukan berasal dari bumi.

Sebaliknya ia adalah dari bintang-bintang raksasa di luar angkasa sana.

Al-Quran ada menerangkannya dalam Surah Al-Hadid ayat 25:

“Dan kami menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia.”

Cap Jari

Dunia hari ini mengakui bahawa sekalipun manusia telah wujud sekian lama dan jumlahnya berbilion namun fakta mengenai cap jari manusia sangat ajaib.

Al-Quran bukanlah buku sains namun ia telah dinyatakan mengenainya sejak sekian lama dalam surah Al-Qiyaamah ayat 3-4

“Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

“Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Kesimpulannya semoga kita lebih rajin mendekatkan diri kepada Allah SWT dan agama.

Dan supaya kita menjadikan seorang hamba yang lebih taat kepadaNya.

Untuk membaca artikel-artikel menarik boleh klik disini

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian