5 Kaedah Mengaji Mudah Yang Anda Semua Perlu Tahu

Saya tahu bukan mudah untuk buang perasaan malu nak belajar mengaji Al-Quran dari awal.

Tambahan pula apabila usia dah bertambah.

Rasa segan, rendah diri, malu dan macam-macam perasaan bersimpang siur.

Budak-budak dengan orang dewasa ni lain sikit caranya.

Budak-budak kita boleh suruh.

Orang dewasa kita perlu berikan galakkan.

Maklumlah orang lama ni mudah sensitif jadi nak mengajar mereka mengaji perlu ada ‘finesse’ atau seni.


Dalam post kali ini, saya nak share sedikit kaedah atau cara sesuai dan mudah untuk golongan dewasa yang nak mula belajar mengaji.

Sedikit sebanyak dapat membantu memberikan semangat kepada tuan puan.

Terdapat 5 kaedah yang akan dikongsikan :

1. Benarkan Diri Buat ‘Kesalahan’

Ini tips paling penting! Saya ulang, ini tips PALING PENTING!

Ya, biarkan saja mulut kita buat bunyi pelik yang otak kita kata salah tu.

Contoh nya huruf ‘dal’.

Sebetul nya, bunyi dal macam bunyi lidah pelat anak kecil menyebut D.

Selama ini kita sebut huruf ‘dal’ macam ‘D’.

Huruf ‘dal’ ini lembut sifatnya.

Memang bunyi nya pelat.

Biar orang kata kita pelat kerana bunyi ‘dal’ memang begitu.

Percayalah, Allah mudahkan Al-Quran untuk yang mahu belajar. Lagipun Al-Quran itu kan Allah punya?

Perkara biasa yang berlaku, kita takut buat salah.

Takut baca salah. Rasa serba salah.

Tapi kalau tak cuba dan sebut sampai bila kita tak tahu betul atas salah kan?

2. Meniru

Di sini dibolehkan MENIRU! Dan dapat pahala kerana belajar.

Ini kata kunci, ingat kata kunci ini – TIRU.

Dalam mempelajari bahasa baru (termasuk bahasa arab) kita bermula dengan meniru.

Bayi mula bercakap dangan belajar meniru percakapan.

Al-Quran juga begitu. Al-Quran bukan bahasa kita jadi kita mesti meniru.

Kunci penting untuk mengusai sesuatu bahasa itu ialah – TIRU

Apabila belajar mengaji Al-Quran, siapa yang boleh tiru dengan paling baik insyaAllah dia paling betul cara bacanya.

Dah boleh follow step ke-dua?

Jom kita baca step ketiga pula.

3. ULANG, ULANG dan ULANG!

Bila guru ajarkan, cuba buat. Ulang buat.
Bila kelakar, gelak sahaja. Kemudian buat lagi! Ulang lagi!

Balik ke rumah, latih lagi!

Sambil memandu ulang! Sambil memasak berlatih!
Berlatih sampai jadi natural.

Sampai tak perlu fikir macam mana nak sebut.

Apabila belajar Alquran, yang PALING PENTING adalah KONSISTEN.

4. Sediakan Jadual Belajar

JANGAN CAKAP TAK ADA MASA NAK BACA AL-QURAN!

Ramai yang selalu cakap “ala busylah” “ala tak sempatlah”.

Tapi pernah perasan tak ada je yang duduk melepak tak buat apa, ada yang main handphone 24 jam. Ada pula masakan?

Apalah salahnya sambil duduk-duduk tu kita buka aplikasi mengaji kat handphone tu kan.

Ataupun antara waktu Maghrib dan Isyak ke. Kan boleh juga kita luangkan masa mengaji sementara tunggu waktu Isyak pula.

5. Istiqamah Ketika Belajar

Lastly, teruskan dengan ‘ISTIQAMAH’ !

Teruskan dengan pembelajaran dan jangan tinggal. Bila anda tinggal even sehari anda akan cepat lupa apa yang anda dah belajar.

Takut-takut anda akan malas balik untuk belajar dan anda akan tinggalkan.

Rugikan?

Jadi teruskan berusaha, rajin dan jangan putus asa.

Tak rugi apa pun. Biarlah orang nak cakap apa sebab apa yang kita buat adalah ibadah dan dapat pahala lagi!

Yang penting belajar dengan hati yang ikhlas.

Untuk belajar secara konsisten, daripada pengalaman kami sesi belajar personal adalah yang terbaik.

Maksud belajar personal adalah belajar seorang demi seorang dan guru bantu sampai mahir mengaji.

Mahu tahu lebih lanjut tentang program belajar personal? Klik disini

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian