5 Keajaiban Al-Quran Dalam Kejadian Alam

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

[Surah Fushilat : 53]

 

Al-Quran bukanlah sekadar kitab bacaan biasa.

Ia mengandungi maklumat-maklumat berkaitan sains dunia.

Para saintis, dari Eropah dan Amerika, mengkaji kitab ini dalam usaha mencari jawapan untuk penyelidikan mereka.

Di dalam Al-Quran, terkandung ilmu Astronomi, Fizik dan Biologi.

Ini termasuk bagaimana alam semesta dicipta, atmosfera bumi hinggalah kepada terciptanya manusia.

Ini antara fakta yang dapat dicungkil dari Kitab Suci, Al-Quran :

 

clouds

#1 – Oksigen dan Ketinggian

 

Pernah beberapa juruterbang dan angkasawan di tanya apakah perasaan mereka ketika terbang ke aras yang tinggi?

Jawapannya, di saat pesawat merentas lapisan-lapisan langit, dada mereka terasa sesak dan tidak mampu bernafas kerana kekurangan oksigen.

Situasi di atas telah diterangkan di dalam Al-Quran sebelum manusia mencuba untuk ke bulan.

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” [Surah Al-An’am : 125]

 

e2

 

#2 – Kesempurnaan Ciptaan Alam Semesta

 

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

[Surah Al-Anbiya : 30]

 

Ayat ini turun lebih awal berabad lamanya sebelum keluarnya teori ‘Big Bang’ oleh santis Barat yang hanya diketahui pada tahun 1929.

 

e3

 

#3 – Lapisan Atmosfera

 

Al-Quran telah nyatakan langit ini mempunyai tujuh lapisan.

 

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” [Surah Al-Baqarah : 29]

 

Saintis baru dapat membuktikan, di abad ke-20 ini, bahawa langit Bumi atau lapisan atmosfera terdiri daripada lapisan yang berbeza yang bertindih antara satu sama lain.

Setiap lapisan memiliki fungsi khusus, dari pembentukan hujan hingga perlindungan terhadap radiasi sinar-sinar berbahaya; dari pemantulan gelombang radio hingga perlindungan terhadap kesan meteor yang merbahaya.

Al-Qur’an telah menerangkan ini lebih daripada 1400 tahun yang lalu.

 

e4

 

#4 – Cap Jari Manusia

 

Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari.

Tidak ada cap jari yang serupa di dunia ini dan setiap manusia mempunyai cap jari yang unik.

Seiring dengan perkembangan zaman, keunikan ini dibangunkan untuk membantu sistem teknologi untuk keselamatan.

Cap jari disertakan dalam menjaga keselamatan data peribadi.

Keunikan ini diterangkan oleh Al-Quran yang ajaib:

 

“Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).”

[Surah Al-Qiaamah : 3-4]

 

e5

 

#5 – Gunung Menghalang Gempa Bumi

 

Satu ciri penting pada gunung ialah kemunculannya di pertemuan plat bumi, menolak antara satu sama lain apabila mendekati antara satu sama lain, dan gunung itu “mengikat” plat.

Gunung ini ibarat paku yang menyatukan kayu.

Tekanan daripada gunung di kerak bumi ternyata untuk mencegah pengaruh aktiviti magma di tengah-tengah bumi daripada sampai ke permukaan bumi, dengan itu menghalang magma memusnahkan kerak bumi.

Maklumat yang diperoleh melalui kajian geologi gunung ini adalah selaras dengan al-Quran.

“Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.” [Surah Luqman : 10]

 

Senarai keajaiban Al-Quran tidak terhad pada diatas sahaja.

Andai kita duduk dan cuba menyenaraikan semua keajaiban kitab ini, tentunya kalah Hikayat 1001 Malam.

Keajaiban yang dicatit dalam Al-Quran melangkaui sains yang mampu diterangkan oleh manusia.

Nikmat mana yang mampu kita dustakan.

 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!