5 Kesilapan Yang Sering Orang Buat Semasa Baca Al-Quran

Hari-hari kita membaca Al-Quran kan?

Tapi adakah kita benar-benar yakin bacaan kita itu tepat dan betul?

Ataupun kita hanya syok sendiri je?

Disini kami senaraikan 5 kesilapan yang ramai orang lakukan ketika membaca Alquran.

Silakan baca ya!

belajar alquran dewasa

1. Makhraj dan Sifat Huruf

Makhraj bermakna tempat keluar bagi huruf.

Sifat pula adalah bagaimana penampilan, rupa dan hak sesuatu huruf tersebut.

Bahasa lain bagi sifat adalah ‘attribute’.

Ada huruf yang sama tempat keluarnya tapi sifat berbeza.

Sebagai contoh, Huruf Dal.

Tempat keluar hurufnya adalah hujung lidah ditemukan dengan pangkal gigi depan atas.

Ini berbeza dengan huruf Dhod. Makhrajnya adalah sisi lidah ditekan ke geraham atas (kanan atau kiri)

Nampak macam bunyi lebih kurang sama. Tapi ada perbezaan antara keduanya.

Huruf Dal ada sifat Qalqalah (detakan) huruf Dhod pula tiada sifat Qalqalah.

2. Panjang Pendek

Apa kesilapan yang dilakukan berkaitan bacaan panjang pendek?

 Panjang dibaca pendek.
 Pendek dibaca panjang.

Main ‘belasah’ je baca yang penting berbunyi ye?

Panjang pendek ni melibatkan Harakat.

Apa pula tu Harakat?

Harakat adalah kadar bacaan panjang.

Ada ayat Al-Quran yang dibaca dengan panjang 2 harakat, 6 harakat.

Ada pula yang boleh dibaca panjang 2,3,4 Harakat.

Daripada pengalaman kami dalam penganjuran kelas Celik Huruf dan Celik Tajwid‬,

memang ramai yang pening nak kuasai bab panjang pendek ni sebab jika buka tajwid pun hukum mad ni ada 19 namanya.

Apa hukum mad banyak sangat sampai 19 ni?

Ha, baca di nombor seterusnya.

3. Hukum Mad

Seperti yang kami tuliskan tadi. Hukum mad ni ada 19 nama.

Ada yang belajar teorinya hafal semua nama-nama mad.

Tahu dan boleh terangkan semula apa beza antara nama mad ni.

Tapi sayangnya apabila baca tetap buat kesilapan sebab cuai dari segi praktikal.

Apa perbezaaan cara baca setiap mad ni?

Boleh bezakan dan baca dengan betul dah?

Alhamdulillah. Tahniah. 

4. Bacaan Dengung

Ada potongan ayat Al-Quran dibaca dengan bacaan dengung.
Apa pula tu dengung?

Dengung ialah bunyi yang dikeluarkan daripada hidung dengan kadar 2 harakat.

Ia melibatkan hukum:
1. Idgham Maal Ghunnah
2. Ikhfa Hakiki
3. Iqlab
4. Idgham Mutamasilain

Kesilapan yang dilakukan adalah membunyikan dengung kurang daripada 2 harakat.

Bacaan dengung lain adalah pada huruf Mim dan Nun yang mempunyai syaddah di atasnya.

5. Bacaan Sukun

Bagi kesilapan bacaan tanda sukun ni ia adalah melibatkan huruf Qalqalah.

Cara menyebut Qalqalah adalah dengan ada detakan ataupun lantunan pada huruf-huruf Qalqalah apabila ianya bertanda sukun.

Huruf Qalqalah di dalam Al-Quran ada 5 sahaja iaitu:
1. Ba
2. Jim
3. Dal
4. Qof
5.  Tho

Selain daripada 5 huruf di atas ni bukanlah huruf Qalqalah.

Kesilapan yang biasa dilakukan adalah mempunyikan huruf yang bukan Qalqalah dengan bunyi Qalqalah.

Sebagai contoh:

Huruf Dhod.
Ada pembaca Al-Quran yang membuat kesilapan dengan membunyikan Huruf Dhod bersukun dengan bunyi qalqalah.

Ini adalah kesilapan yang perlu dielakkan.

Kesimpulannya, teruskan belajar dan perbaiki bacaan dari semasa ke semasa.

Cara terbaik belajar adalah secara Talaqqi Musyafahah.

Apa itu Talaqqi Mushafahah?

Belajar secara berdepan dengan guru.
Pelajar baca guru semak.
Guru baca pelajar ikut.

Adakah salah belajar gunakan Al-Quran Digital, baca buku tajwid, belajar secara online?

Tak salah pun. Cuma kami ulang sekali lagi cara terbaik.

Jika Al-Quran Digital tu boleh direct tegur dan bersuara jika kita buat kesilapan waktu baca, belajar je lah dengan Alquran Digital tu.

Tapi, nanti takut pula kan tiba-tiba Al-Quran tu boleh bersuara sendiri. Hihi

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian