5 Pandangan Cendekiawan Barat Yang Terkenal Mengenai Al-Quran

Seperti yang kita tahu orang barat sangat benci kepada Al-Quran yang menjadi pegangan kepada umat Islam di seleruh dunia.

Orang barat mengatakan Al-Quran ialah senaskah buku yang telah direka oleh Nabi Muhammad SAW untuk memperdayakan umat manusia.

Namun dalam keegoan mereka, terdapat ramai juga cendekiawan barat bersetuju bahawa Al-Quran ialah kitab yang benar.

Di sini akan dikongsikan 5 pendapat cendekiawan barat mengenai kitab suci ini.

Dr. Maurice Bucaille

Maurice Bucaille - Wikipedia

Dr. Maurice Bucaille ialah seorang penulis dan ahli Persatuan Perancis dalam Ilmu Pengetahuan Mesir.

Pandangan beliau tentang Al-Quran:

Pemeriksaan yang sangat objektif terhadap Al-Quran berdasarkan pengetahuan moden.

Ia membawa kita untuk mengiktiraf perjanjian diantara kedua-duanya.

Sepertimana yang disebutkan berulang kali.

Ia membuatkan kita beranggapan bahawa tidak mungkin bagi seseorang yang wujud pada zaman Muhammad SAW untuk mengarangnya berdasarkan pengetahuan zaman itu.

Pertimbangan ini meletakkan wahyu dalam Al-Quran di tempat yang unik.

Dan memaksa para saintis yang tidak mempercayainya untuk mengakui ketidakmampuan mereka.

Selain itu, kegagalan penjelasan semata-mata berdasarkan pertimbangan materalistik.

Johann Wolfgong Von Goethe

Johann Wolfgang von Goethe | Mabaya

Beliau ialah seorang penulis dan negarawan Jerman.

Kata beliau :

Walau sejijik manapun setiap kali padanya (Al-Quran), ia kemudiannya perlahan-lahan menjadi menarik.

Selain itu, mengejutkan dan akhirnya menguatkan rasa hormat kita terhadapnya.

Gayanya selaras dengan kandungannya dan matlamatnya amat tegas, besar dan begitu indah.

Disebabkan itu, buku ini akan terus menjadi pegangan kepada semua lapisan umur dan menjadi pengaruh paling kuat.

Professor Emeritus Dr. T.V.N (Vid) Persaud

Vid PERSAUD | Professor Emeritus | MD, PhD, DSc | University of Manitoba,  Winnipeg | UMN | Department of Human Anatomy & Cell Science

Ini pula ialah seorang Professor Anatomi.

Beliau juga seorang Professor Pediaktrik dan Kesihatan Kanak-kanak.

Selain itu berperanan sebagai Professor Obstetrik, Ginekologi dan Sains Reproduktif di Universiti Manitoba, Kanada.

Pandangan beliau terhadap Al-Quran : “Cara yang dijelaskan kepada saya adalah Muhammad SAW adalah seorang yang biasa.

Baginda tak tahu membaca dan menulis.

Malah, baginda seorang yang buta huruf.

Dan kita sedang berbincang mengenai 1,400 tahun yang lalu.

Anda mempunyai seorang yang buta huruf membuat pengumuman dan pernyataan yang sangat mendalam dan luar biasa dan sangat tepat tentang perkara saintifik.

Secara peribadi saya tidak melihat perkara ini hanya sebagai satu peluang semata-mata kerana terdapat terlalu banyak ketepatan dalam dakwaan baginda.”

George Margoliouth

The Koran by Anonymous

Ini pula seorang penulis British, Pendita Kristian Holy Trinity dan juga Mubaligh Misi Parochial kepada orang Yahudi.

Beliau berpendapat Al-Quran diakui mempunyai kedudukan yang sangat penting dikalangan buku-buku agama terulung di dunia.

Ia telah menghasilkan fasa pemikiran baru kepada manusia dan karakter-karakter yang segar.

Pada awalnya ia telah mengubah beberapa suku-suku padang pasir di semenanjung Arab kepada sebuah negara pahlawan.

Kemudian terus menghasilkan organisasi politik agama yang sangat luas yang dipimpin oleh Muhammad.

Ia merupakan satu kuasa yang sangat besar yang mana dunia Eropah dan Timur pada hari ini harus mengiktirafnya.

Dr. William Hay

William Hay, Writer: Master of Divinity

Beliau ini merupakan Saintis Marin yang sangat terkenal.

Seterusnya menjadi Professor Sains Geologi di Universiti Colorado dan seorang bekas Dekan di Rosenstiel School of Marine and Atmospheric Science, Amerika Syarikat.

Beliau sangat teruja kerana maklumat seperti ini ada dalam kitab Al-Quran ini.

Katanya, beliau tidak tahu dari mana kitab ini datang tapi sangat tertarik dengan wujudnya Al-Quran dan kerja-kerja (kajian lautan) ini bakal merungkai segalanya.

Dan apabila ditanya mengenai sumber Al-Quran, beliau menjawab :

“Saya rasa ia mesti melalui wahyu.”

Maklumat yang dimaksudkan oleh Professor Hay adalah ayat 19 dan 20 dalam Surah Ar-Rahman :

Ayat 19 : Ia biarkan air dua laut (yang masin dan tawar) mengalir, sedangkan keduanya pula bertemu.

Ayat 20 : Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.

Begitulah mulianya kitab suci ini sehingga disanjung tinggi oleh orang-orang barat.

Walaupun tidak dikurniakan iman dan Islam, namun Allah menjentik hati-hati mereka untuk mengenali Al-Quran dengan lebih rapat.

Baca juga : Ustaz Kazim Syor Cari Penawar Dalam Al-Quran Untuk Tangani Covid-19

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian