Apa Yang Best Kalau Tak Tangguh Mengaji ?

Selain belajar mata pelajaran lain atau mana-mana bahasa lain, kita juga digalakkan untuk mempertingkatkan ilmu mengaji kita. 

Kalau boleh, kita cuba elakkan dari tangguh belajar mengaji. 

Banyak manfaat bila kita pandai mengaji ni. 

Ada 5 sebab yang ingin dikongsikan :

1. BACAAN SURAH DALAM SOLAT

Bila kita dah pandai mengaji nanti kan, kita dapat tingkatkan dan banyakkan surah dalam solat kita. 

Boleh baca surah panjang, boleh baca surah pendek.

Best sangat kan ?

2. BOLEH TAHU KESALAHAN DALAM BACAAN

Kita dapat ‘cari dan jumpa’ kesalahan-kesalahan dalam bacaan kita tau.

Lebih-lebih lagi bacaan untuk dalam solat.

Bila kita dah jumpa kesalahan-kesalahan dalam bacaan kita boleh cepat-cepat betulkan dengan ustaz atau ustazah yang ajar kita.

3. BOLEH AJAR ORANG LAIN PULA

Bila kita pandai mengaji nanti, kita boleh tolong orang lain pula.

Lebih-lebih lagi anak-anak kita nanti. 

Bolehlah dalam pada kita ajar, kita tingkatkan juga kemahiran membaca Al-Quran kita.

Kan seronok tu !

4. JADIKAN HOBI

Pastinya ada hari-hari yang kita tak tahu nak buat apa kan?

Ada hari yang kita ada masa lapang.

Jadi bila-bila ada masa lapang, kita boleh isi masa lapang dengan membaca Al-Quran.

Boleh jadikan hobi tau. 

Jiwa tenang, Pahala pun dapat !

5. MENJADI IDOLA KEPADA ANAK-ANAK

Kita boleh dan akan menjadi contoh dan penyuntik semangat kepada anak-anak untuk belajar mengaji juga.

Bila anak-anak selalu lihat ibu dan bapa mereka mengaji, pastinya akan menimbulkan rasa ingin belajar dan jadi macam ibu bapa mereka juga.

Bak kata orang putih “Lead by example”.

Jadi, semestinya kita tak nak tangguh belajar mengaji kan? 

Banyak manfaat dan keseronokan bila dah pandai membaca ni. Lebih-lebih lagi bila kita boleh bantu bacaan anak-anak kita.  

Sama ada untuk pembelajaran sekolah atau memang untuk belajar mengaji.

Teringin nak masuk kelas belajar mengaji dan masih tercari-cari kelas yang menarik dan best?

Kelas Celik Quran boleh membimbing kita bermula dari mengenal huruf sampailah pandai baca Al-Quran. 

Insha’Allah.

Kelas Celik Quran juga merupakan kelas dan program khas untuk golongan dewasa .

Jadi jangan malu untuk belajar sebab semuanya golongan dewasa.

Tak ada remaja atau kanak-kanak. 

Ini kerana mereka sangat memahami situasi dan keadaan golongan dewasa yang tidak mahir baca Al-Quran dan ingin membaca tanpa ada rasa malu. 

Mereka akan ajar dan kongsikan langkah demi langkah untuk mengaji walaupun kia belum kenal huruf. 

Jangan risau, mereka ada tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dan baik. 

 

Celik Quran mempunyai formula yang pastinya akan membantu kita belajar dengan lebih cekap dan baik. 

Dan ianya terbukti berkesan apabila ramai sudah anak didik mereka yang berjaya khatam Al-Quran. 

Pembelajaran ini adalah secara praktikal supaya ia lebih berkesan .

 

Untuk memudahkan dan supaya senang faham, Celik Quran sudah mempunyai konsep dan penerangan yang mereka sediakan secara visual dan penceritaan bagi setiap huruf dan juga praktikal tajwid dalam pembacaan.  

 

Ada beberapa siri yang telah disediakan untuk kelas bimbingan pembelajaran dan bacaan Al-Quran.  

Dalam siri 1 misalnya, ada bahagian pengenalan iaitu untuk mengenal dan menguasai huruf-huruf yang terkandung di dalam Al-Quran. 

Kemudian akan diteruskan dengan konsep asas suku kata Al-Quran , baris dan bunyi dan seterusnya sehingga kita akan meneruskan pengajian sehingga tamat Al-Quran. 

Sangat menarik bila ianya tersusun rapi kan? 

Jom kita sama-sama belajar mengaji dengan Celik Quran. 

Nak daftar atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus ke laman sesawang

https://celikalquran.com/ 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian