5 Tip Ajar Anak Hafaz Al-Quran Dari Awal

Mengajar anak-anak menghafaz Al-Quran jauh lebih mudah dari melatih diri sendiri yang sudah berumur untuk menghafal ayat-ayat yang sama.

Bukan tidak boleh, tetapi, ia mengambil lebih masa dari yang dijangka.

Anak-anak kecil ini kainnya masih putih. Amat mudah dicorakkan, apatah lagi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

membaca alquran dan membezakan makhraj huruf

Disini kami berikan beberapa tips untuk anda amalkan agar anak anda.

Mudah-mudahan anak-anak seawal umur 5 tahun boleh menghafal surah-surah seperti Al-Mulk, Ar-Rahmah atau Al-Waqiah dengan lancar.

1)     Mula dari dalam kandungan

Mulakan dari awal.

Sejak dari kandungan, rajin-rajin untuk membaca dan memainkan alunan ayat-ayat surah yang mahu mereka hafal dengan mudah.

Dalami terjemahannya agar mudah terkesan di hati si ibu.

Komunikasi antara ibu dan anak dalam kandungan amat hebat impaknya. Begitu juga suara bapa yang sedang mengaji dari luar.

Ia vitamin jiwa dan rohani anak dalam kandungan agar terus sihat dan kuat iman dari dalam perut lagi.

belajar mengaji alquran dewasa2)     Gunakan teknologi moden media massa

Zaman canggih ini, kita dihidangkan dengan pelbagai gadget dan alat elektronik yang dapat memudahkan lagi cara untuk menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran.

Satu yang anda perlu tahu, anak kecil tidak tahu membaca.

Cara mudah untuk mereka menghafaz ialah melalui mendengar secara berulang-ulang.

Gunakan semua cara yang ada, melalui video, radio atau internet. Apa sahaja, janji mereka gembira mahu melihatnya secara berulang kali.

Cari qari atau qariah yang sedap suaranya. Fitrah manusia, suka kepada yang cantik, sedap dan menarik. Lakukan yang sama kepada anak anda.

3)     Jadikan rutin harian

Jadikan ia rutin setiap hari selama beberapa bulan.

Pasang pada suatu ketetapan masa yang sama. Paling baik, pasang 2 hingga 3 kali sehari.

Mungkin pada waktu subuh, magrib dan sebelum tidur. Anda pilih masa yang sesuai untuk anak anda.

Jadikan ia rutin yang seronok dan menghiburkan. Genap 90 hari anda pasang rakaman yang sama, insyaAllah mereka mampu menghafal dan membaca ayat-ayat itu dengan sendiri, tanpa iringan video lagi.

kelas alquran dewasa

4)     Istiqomah

Menghafal ayat Al-Quran bukanlah untuk sehari dua. Ia amalan yang perlu diteruskan seumur hidup dan harus tidak di lupa.

Sungguhpun ada di antara anak anda sudah boleh menghafal, teruskan rutin mengaji dan memasang ayat-ayat itu agar minda separa sedar mereka terus mengingati.

Manusia ini mudah lupa. Ini cara untuk anak-anak yang lama terus membetulkan bacaan mereka, anak yang baru mula menghafaz ayat-ayat baru.

Pasang ayat-ayat itu dari masa ke masa, hari ke hari, bulan ke bulan. Pahala dapat, ilmu pun dapat.

tips-anak-menghafaz-alquran

5)     Tasmik

Seminggu sekali, ulang bacaan secara perseorangan dengan anak anda.

Bantu sambung ayat jika mereka tersangkut atau terlupa. Ingat, umur mereka masih muda.

Memarahi atau membentak tidak akan membantu malah memalapkan terus niat mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran. Jadikan ia amalan yang seronok dan dinanti-nanti.

Hadiahkan mereka dengan sticker, aiskrim atau mainan sebagai ganjaran usaha yang telah mereka lakukan.

Jadikan ia permainan untuk anak-anak saling berlumba-lumba untuk mencapai hafazan yang mereka mahukan.

Tasmik boleh juga dilakukan di dalam kereta, ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi. Anak-anak lebih fokus dan tiada medium lain yang boleh mengalih perhatian mereka.

Dari satu surah ke satu surah, jangan terkejut jiwa kecil ini mampu menghafal dengan banyak walaupun tidak mengenal huruf ayat Al-Quran itu lagi.

Baca lagi: Kenapa Kita Perlu Mengaji Alquran?

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian