6 Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Mula Kelas Mengaji Online

Negara kita sekarang dilanda wabak yang amat merbahaya.

Kerana itu Celik Al-Quran wujudkan kelas Online supaya boleh terus belajar mengaji.

Kami terfikir seandainya kelas mengaji ditunda atau pelajar berhenti untuk belajar mengaji akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar.

Boleh jadi pelajar-pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran dan tiada yang membantu untuk belajar mengaji di rumah.

Di sini, kami mewujudkan satu platform terkini iaitu mengaji secara online menggunakan Whatsapp, Zoom dan sebagainya.

Jadi, kalau kami sudah bersedia, tuan puan juga perlu bersedia dari sudut fizikal dan juga mental.

Mari kami bantu tuan puan apakah persediaan yang boleh dilakukan sebelum memulakan class online.

1. Pastikan Peralatan Lengkap

Pertama sekali apa yang tuan puan perlu buat ialah menyediakan telefon bimbit atau laptop yang boleh berhubung dengan ustaz dan ustazah.

Disebabkan PKP di rumah, maka kenalah bertentang mata dengan ustaz atau ustazah melalui gadget saja.

Tapi tak apa, tetap seronok dan sama sahaja.

Sebelum itu, pastikan bateri gadget yang kita gunakan itu penuh, takdelah terputus ditengah jalan nanti.

2. Internet Dalam Keadaan Baik

Kedua, tuan puan perlu pastikan internet di kawasan tuan puan berada dalam keadaan yang baik dan lancar.

Itu adalah perkara yang paling penting. 

Kami mencadangkan lebih elok kalau tuan puan pasang WIFI dirumah.

Ala, WIFI pun bukan untuk kegunakan kita sajakan? Seisi keluarga juga menggunakan WIFI nanti.

Jangan pula fikir pasang WIFI ini membazir.

Kita kan nak buat benda baik. Betul tak?

3. Emosi Stabil

Agak-agak kalau emosi tak stabil kita boleh ke buat benda lain?

Kalau tengah marah, seeloknya tenangkan diri dulu.

Kalau boleh pergi ambil wuduk, minum air suam dan tarik nafas.

Selain itu, kawal emosi terlalu malu yang ada dalam diri kita tu.

Kita tak perlu rasa malu nak belajar mengaji, kerana ianya ilmu yang cukup berharga.

Terapkan rasa bangga kerana kita bakal fasih dan mahir mengaji. InshaAllah.

4. Pilih Tempat Belajar Yang Sesuai

Sebelum memulakan kelas, pilih tempat yang sesuai dan selesa supaya kita rasa tenang untuk belajar.

Tempat belajar sangat memainkan peranan penting untuk tuan puan memulakan sesi pembelajaran mahupun ulangkaji. 

Tempat yang sunyi dan tenang juga terhindar daripada sebarang gangguan pastinya memudahkan tuan puan untuk belajar. 

Pastikan juga TV, Radio atau apa-apa yang boleh mengganggu tertutup.

Paling penting kalau ada anak-anak ke, cucu ke suruh mereka main dekat tempat lain dan tuan puan pergilah belajar dalam bilik yang sunyi.

Baru senang nak fokus dan lebih jelas dengan suara ustaz atau ustazah.

5. Pastikan Badan Berasa Segar

Kalau dalam keadaan berpeluh boleh ke kita belajar dengan selesa?

Sudah pastinya tidak!

Jadi sebaiknya mandi dulu untuk pastikan badan kita berasa segar.

Seeloknya basahkan rambut supaya kepala kita akan terasa ringan dan muncul perasaan semangat untuk belajar mengaji.

Comfirm boleh fokus belajar.

6. Makan

Sebelum mulanya kelas adalah lebih elok kalau tuan puan kenyangkan perut dulu.

Sekurang-kurangnya tuan puan sediakan makanan seperti kekacang dan kismis.

Tuan puan boleh mengambil kekacang seperti pistachio yang dapat merangsang minda anda. 

Pengambilan kekacang dan kismis ini adalah sebagai kudap kudapan yang baik diambil ketika anda sedang belajar. 

Jangan pula tuan puan mengambil makanan berat seperti nasi ketika belajar.

Ia boleh menyebabkan tuan puan mengantuk.

Clear semuanya? Mudah bukan?

Semoga tip-tip ini sedikit sebanyak membantu tuan puan untuk lebih bersemangat ketika belajar online nanti.

Semoga Allah memudahkan urusan tuan puan dalam menuntut ilmuNya. Aamiin.

BACA JUGA: Berkesan Atau Tidak Belajar Mengaji Secara Online?

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat. Ia adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’.  Ia adalah keikhlasan pengisytiharan Keesaan Allah yang Satu. Surah

Read More »
Panduan

10 Tip Khatam Al-Quran Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Ramadhan sinonim dengan Alquran. Biasanya pada bulan ini, ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh untuk khatamkan Alquran sekurang-kurangnya sekali. Kami kongsikan tips supaya sempat

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian