6 Tips Mudah Hafal Asmaulhusna

Asma itu bermakna nama dan Husna itu ertinya baik atau indah.

Maka, Asmaul Husna ialah nama-nama Allah s.w.t. yang indah.

Apabila menyentuh tentang Asmaul Husna, kita sedang membicarakan tentang keindahan nama-nama Allah s.w.t.

alquran-haji

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).”

(Surah Taha : 8)

Keindahannya sangat sempurna sehingga melangkaui pemikiran biasa akal manusia.

Allah itu tidak dapat dilihat, namun melalui 99 nama ini, Allah itu terasa dekat sekali.

 

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda:

“Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga.”

~ Sahih Bukhari

 

Ini sedikit tips dari kami untuk anda mula menghafal 99 nama Agung Allah swt, Tuhan Maha Pencipta :

 

  1. Mind-map / Flash Card

Ingat lagi zaman sekolah dahulu, di mana kita menulis nota-nota kecil untuk ditampalkan di dinding untuk sering di lihat dan di hafal?

Kita boleh lakukan perkara yang sama untuk menghafal nama-nama Allah ini juga.

ar-rahman-nama-allah

Hari ini lebih mudah, kita boleh print sebagai flash card cantik.

Yang penting ada usaha dan niat untuk mengahafal. InsyaAllah, Allah mudahkan cara.

 

  1. CD Radio Kereta

Selain melihat, kaedah mendengar secara berulang-ulang amat efektif.

Cari CD asmaul husna yang anda gemari untuk dipasang di dalam kereta.

Mainkan sepanjang perjalanan anda ke destinasi yang dituju.

Lakukan selama sebulan atau dua, minda separuh sedar anda akan secara tidak langsung menghafal setiap satu dari nama-nama itu.

Tiada satu pun yang akan tertinggal, pasti!

 

  1. Youtube

Ulang tayang apa yang anda dengar tadi dengan menonton youtube videoclip Asmaul Husna setiap pagi, selepas subuh, dan malam hari, sebelum tidur.

Tonton bersama anak-anak sebagai santapan rohani mereka.

Lakukan secara konsisten selama sebulan bersama keluarga dan lihatlah hasilnya nanti.

 

  1. Bahagi Kepada 10.

Selain cara di atas, anda juga boleh mengambil inisiatif untuk menghafal sedikit demi sedikit nama-nama Allah yang 99 itu.

Bahagikan kepada 10 bahagian untuk 10 minggu

nama-allah-asmaulhusna

Satu minggu hafal 10 nama, siap dengan maknanya.

Cukup 10 minggu, nama-nama itu sudah di dalam minda dan dada anda, insyaAllah!

 

  1. Zikir selalu

‘Practise make perfect’, bak kata pepatah Inggeris.

Untuk mudah menghafal, ia perlu selalu berada di titip bibir si pembaca itu tadi.

Jadikan ia sebagai satu amalan. Biasakan sebagai zikir harian.

Nama Allah ini bukan untuk dihafal sekali, esok tidak ingat lagi.

Ia perlu sentiasa berada di sisi sebagai saham peribadi kelak.

Baca juga: Belajar Alquran Dari Tak kenal Huruf?
  1. Doa terang hati

Mohonlah kepala Illahi agar memberi izin dan memberi kemudahan untuk menghafal nama-namaNya.

Mudah-mudahan Allah terangkan hati, lapangkan minda dan lancarkan lidah untuk sentiasa menyebut nama-nama suciNya di dunia ini.

kelas alquran dewasa

 

Menghafal bukanlah sekadar mengingati nama-nama Allah secara tuli sahaja.

Dalamilah makna di sebalik nama-nama itu. Kebesaran-Nya, kelebihan-Nya dan manfaat di sebalik-Nya.

Nama-nama itu penuh dengan rahsia yang tersembunyi.

Nama-nama itu penuh dengan hikmah jika hamba-Nya mencari.

Amallah dengan ikhlas kerana mencari keredhaan Illahi.

Mudah-mudahan hidup kita sentiasa dicukupi.

Imam Ibnul Qayyim berkata:

“Barangsiapa yang mengenal Allah dengan nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan-Nya maka dia pasti akan mencintai-Nya”

Baca juga: 5 Tips Ajar Anak Hafaz Alquran Sedari Kecil

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!