6 Tips Untuk Selesa Dalam Kelas Mengaji

Ada yang tanya, apa tips nak masuk kelas mengaji dengan selesa? 

Maksudnya, bila kita nak mengaji tu, takde la terganggu atau ada gangguan-gangguan dari luar nanti. 

Ya lah, risau nanti bila banyak sangat gangguan dah tak selesa nak mengaji. 

nanti kita susah pula nak fokus bila ustaz atau ustazah tengah mengajar. 

Rugi pula kelas hari tu berlalu macam tu je.

Sedikit tips yang mungkin boleh membantu kita selesa ketika berada dalam kelas nanti : 

1. Adab Berpakaian

Pastikan kita pakai pakaian yang selesa, bersih, kemas dan tentunya menutup aurat.

Ini supaya kita tak rasa terganggu dengan ketidakselesaan diri sendiri.
Manalah tahu baju kita materialnya panas kan.

Jadi, kita pilih yang paling selesa bila kena pakai untuk pergi kelas. 

2. Jangan Lupa Bawa Baju Sejuk

Kenapa pula?

Sebab kita nak elakkan daripada kesejukan andaikata kelasnya ada penghawa dingin.

Bila rasa sejuk, kita boleh pakai untuk pastikan badan kita selesa dan terasa hangat sikit.

Ini juga untuk mengelakkan kita demam atau selsema nanti kalau terdedah suhu sejuk yang lama.

3. Cermin Mata

Ini yang paling penting dan mustahak.

Sekiranya anda ada masalah rabun, jangan lupa bawa cermin mata.

Kalau tak bawa ni, jawabnya, sampai habis kelas pun kita tak dapat nak belajar atau mengaji sebab pandangan kurang jelas.

Macam mana nak baca kalau kurang jelas kan ?

Jadi, simpan dan masukkan dalam beg siap-siap tau. 

4. Bekalan Air

Pastinya kita akan mengalami kering tekak atau dahaga bila banyak mengaji nanti.

Bawa bekalan air masak yang mencukupi.

Jadi tak perlulah keluar ke kedai pula atau ambil air kat tempat lain. 

Selalunya mereka yang ada mengambil ubat-ubatan akan sentiasa mengalami ‘dehydration’ atau mudah rasa dahaga.

Jadi, pastikan bawa air yang cukup ya. 

 

5. Inform Dulu Kepada Kenalan

Sebelum pergi ke kelas mengaji, selalunya kita akan beritahu keluarga kita waktu dan di mana kelas kita kan?

Ini supaya mereka tak tercari-cari kita kat mana nanti.

Jadi, mereka takkan ganggu kita dalam tempoh kelas kecuali kecemasan.

Jadi, kita boleh senyapkan telefon bimbit.

Letak dalam ‘mode vibrate atau silent’.

Sesekali , kita checklah juga kot-kot ada panggilan atau teks kecemasan. 

6. Bau Badan

Untuk memastikan teman atau kawan kelas kita selesa, kita juga kena pastikan kita tiada bau badan.

Tak perlu nak pakai wangian atau bauan yang terlalu kuat, tapi cukuplah dengan mandi dengan bersih dan pakai pakaian yang telah bersih dicuci serta pakai deodoran.

Teman dan kawan kita pun ada hak nak selesa berada di kelas.

Jadi, kita pastikan mereka juga selesa dengan kita ya.

KITA JAGA KITA !

Kami harap tips-tips ini boleh memberi sedikit panduan dan manfaat kepada anda semua. 

Tak susah pun kan? 

Cuma kadang-kadang kita memang tak pasti apa yang boleh kita sediakan dan buat untuk pastikan kita dan sahabat kita sentiasa selesa masa bersama-sama hadiri kelas mengaji. 

Tips ni boleh dijadikan checklist juga. 

Hanya senaraikan di atas kertas dan boleh tampal di papan tanda rumah atau peti ais juga.

Kalau rasa tips ini bermanfaat, bolehlah share kepada kawan-kawan lain juga. 

Barulah kawan-kawan pun dapat manfaat yang baik macam kita juga.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian