7 Cara Memperbaiki Bacaan Dan Menjaga Hubungan Dengan Al-Quran

Adakah tuan puan salah seorang yang jarang menyentuh Al-Quran?

Atau membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?

Namun dengan cabaran kehidupan kini yang sentiasa sibuk sedikit sebanyak membataskan hubungan kita dengan Al-Quran.

Disini saya ingin kongsikan beberapa tips mudah tapi berkesan dalam membantu memudahkan kita dalam menghubungkan diri dengan Al-Quran.

InsyaaAllah mudah-mudahan bermanfaat.

Perbetulkan Semula Niat

Sebelum nak mendapat manfaat daripada kalam Allah kita mestilah muhasabah semula niat dihati mengapa kita membaca Al-Quran.

Kalau sekadar membaca isinya sahaja, dan kemudian membiarkan ia menghanyut jauh daripada kita tanpa amal memang tiada gunanya.

Ingatlah bahawa Nabi Muhamad (SAW) digelarkan sebagai Al-Quran bergerak.

Dalam kata lain, Baginda tidak hanya membaca dan mengalunkan, tetapi baginda menghidupkan apa yang terkandung dalam Kalam Allah itu.

Mengambil Wuduk Sebelum Membaca Al-Quran

Mengambil wuduk adalah persediaan mental dan fizikal yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita bukan membaca buku yang biasa.

Sebenarnya kita ingin berhubung dengan Allah.

Oleh sebab itu kebersihan adalah satu keutamaan yang penting apabila kita ingin menghadapNya.

Baca Al-Quran 5 Minit Setiap Hari

Selalunya kita beranggapan bahawa kita patut membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu jam atau lebih.

Jika kita bukanlah orang yang jarang membaca pastinya terlalu banyak dan berat untuk dilaksanakan.

Sebagai permulaan mulakan dengan hanya 5 minit sehari.

Apabila anda memulakan langkah pertama ini, InsyaaAllah, lama-kelamaan tanpa sedar 5 minit itu akan bertukar menjadi 10 minit.

Dan 10 minit akan menjadi setengah jam, dan seterusnya menjadi satu jam dan mungkin lebih lagi. InsyaAllah.

Cuba Fahamkan Maksud Yang Kita Baca

Meluangkan masa 5 minit untuk membaca Al-Quran dalam bahasa arab adalah bagus, namun kita perlu faham apa yang kita alunkan itu.

Pastikan anda ada terjemahan yang baik dalam bahasa yang anda boleh faham.

Sentiasalah membaca terjemahan untuk memahami apa yang telah kita baca.

Pasti hati kita akan berasa tenang, dan menjumpai jawapan-jawapan kepada setiap permasalahan yang terjadi dalam hidup kita.

Al-Quran bukan hanya sekadar didengar oleh telinga, tetapi harus sampai ke hati.

Kerana fungsinya ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia untuk mengubati.

Dengarkan Juga Orang Membaca Al-Quran

Era teknologi sekarang jangan buat kita lupa kepada Al-Quran.

Cuba download aplikasi dan audio dekat handphone.

Dengan itu anda boleh mendengar alunan Al-Quran setiap hari.

Secara tidak langsung anda boleh perbaiki bacaan anda tanpa sedar.

Belajar Tajwid

Sedar tidak sedar, alunan Al-Quran itu sendiri adalah seni terhebat yang boleh kita lakukan.

Untuk baca dengan makhraj yang betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan, kita mesti belajar hukum tajwid.

Yang penting mestilah belajar secara berguru.

Anda sedang mencari kelas mengaji? Klik disini

Kita juga boleh menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak berwarna untuk memudahkan pembelajaran tajwid.

Berdoa Kepada Allah

Yang terakhir, mohon doa daripada Allah SWT kerana Dialah yang menentukan segalanya.

Semoga Allah membimbing kita untuk melakukan perkara yang baik seperti belajar membaca Al-Quran.

InsyaAllah.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian