7 Fadhilat Besar Membaca Surah Yasin Bagi Seorang Mukmin

7 Fadhilat Besar Membaca Surah Yasin Bagi Seorang Mukmin

Selain daripada Surah Al-Fatihah, Surah Yasin antara surah yang popular di kalangan masyarakat. Hal ini kerana surah ini sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk membacanya dalam pelbagai majlis khususnya majlih tahlil.

Surah Yasin ini mulai diturunkan di Makkah dan mengandungi 83 ayat. Surah ini dinamakan sebagai Yasin berikutan permulaan ayat surah ini yang terdiri daripada huruf Ya dan Sin.

Menerusi surah ini, Allah telah bersumpah dengan Al-Quran bahawa Nabi Muhammad SAW benar-benar merupakan seoran rasul utusannya kepada kaum yang belum pernah diutus mereka rasul-rasul.

Surah ini juga turut dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’ iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Sebaik-baiknya kita digalakkan membaca Surah Yasin selepas solat Dhuha. Surah ini juga turut dilabel sebagai hati Al-Quran.

Kelebihan Membaca Surah Yasin Setiap Pagi

Jika dibaca pada waktu pagi, maka memperoleh kegembiraan sampai petang, dan jika dibaca petang hari maka dapat gembira sampai pagi. Bukan itu juga, sesiapa yang membaca Surah Yassin dipagi hari dijanjikan segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi atas izin Allah SWT.

Imam Ja’far Ash-Shadiq: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki.

Surah Yasin ini juga amat baik dibacakan selalu ketika orang sakit, sedang nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.”

7 Fadhilat membaca surah Yasin

  1. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

Surah yang dapat dihabiskan dalam tempoh 15-20 minit ini jelas mempunyai kelebihan yang besar buat pembacanya di mana Allah memberi ganjaran pahala sebanyak 10 kali ganda membaca Al-Quran dengan hannya membaca Surah Yasin.

Perkara ini jelas menunjukkan kasih Allah kepada hambanya dalam memudahkann hambanya memperoleh pahala yang berganda sekaligus meningkatkan peluang untuk ditempatkan di Syurga selaku tempat yang didambakan orang-orang beriman.

2. Diampunkan segala dosa-dosa yang lalu

Mukmin membaca Surah Yasin turut diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu oleh Allah. Oleh yang demikian, Surah Yasin haruslah dijadikan amalan untuk dibaca secara kerap.

3. Dimatikan dalam keadaan syahid buat mereka yang membaca setiap malam

Surah Yasin berpeluang menjadi penyelamat buat mereka yang membacanya di mana jika seseoran itu membaca Surah Yasin pada setiap malam dan ditakdirkan beilau meninggal pada malam tersebut, kematian beliau bakal dikira sebagai mati syahid atau dalam kata lain, kematian yang dicemburui dan didambakan ramai.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi.

Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.

5. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.

6. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

7. Imam Ja’far Ash-Shadiq: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki.

Menerusi perkongsian ini, jelas menunjukkan Surah Yasin mempunyai pelbagai kelebihan buat mereka yang mengamalkannya. Bukan sahaja dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, malah diampunkan segala dosa-dosa lalu dan juga dijanjikan mati syahid buat mereka yang membacanya setiap malam.

Jika tuan puan ingin mengetahui ganjaran membaca Al-Quran dengan baik, boleh teruskan bacaan dengan ketik di sini.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian