7 Hikmah dan Kelebihan Membaca Surah Al-Fatihah Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Bagi seorang Muslim yang mukmin, surah Al-Fatihah sememangnya sudah menjadi surah yang tidak lekang dalam kehidupan seharian. Surah Al-Fatihah yang bermaksud pembukaan ini bukan sahaja menjadi keutamaan buat umat Islam melafazkannya pada setiap kali sembahyang fardhu malah turut menjadi surah pertama yang terkandung pada Al-Quran.

Mengikut sejarah, surah ini diturunkan di Makkah selepas Surah Al-Muddathir. Hebatnya surah ini, surah ini turut dinamakan sebagai Ummul Quran atau Ummul Kitab yang bermaksud ibu Quran dan ibu kitab berikutan surah ini menjadi induk kepada semua isi Al-Quran serta intisari kepada kandungan Al-Quran.

Menariknya, ayat daripada surah ini kerap kali dibedah oleh para guru dalam menjelaskan maksud yang ingin disampaikan menerusi surah yang mengandungi 7 ayat ini. Berikut merupakan maksud surah Al-Fatihah menerusi terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Maksud Surah Al-Fatihah

alfatihah

Ayat 1: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Ayat 2: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Ayat 3: Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Ayat 4: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Ayat 5: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Ayat 6: Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Ayat 7: Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Mulai diajar seawal usia dan menjadi antara surah terawal yang diajar pada anak kecil dan juga di sekolah, agak tidak keterlaluan untuk mengatakan majoriti umat Islam di dunia ini menghafal surah ini.

Surah Al-Fatihah yang mudah dibaca dan dihafal ini nampaknya turut pelbagai hikmah buat mereka yang membaca dan mengamalkannya. Berikut merupakan tujuh hikmah yang diperoleh buat seorang mukmin yang membaca surah pertama Al-Quran ini.

  1. Membaca Surat Al-Fatihah seolah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran.

Seperti yang ramai sedia maklum, Al-Quran mengandungi 30 juzuk dan 604 muka surat. Hal ini membuatkan seseorang memerlukan tempoh yang panjang dalam menghabiskan membaca sebuah Al-Quran.

Dalam pada itu, nikmat yang diberikan Allah kepada umat Islam yang membaca Surah-Al Fatihah ini adalah pahala seakan membaca seperti Al-Quran. Hal ini turut menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada umatnya dalam membolehkan umatnya memperoleh pahala yang banyak dengan hanya membaca surah yang sangat mudah untuk dibacakan dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat ini.

Malah, surah ini turut diwajibkan untuk dibaca sewaktu solat fardhu.

2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.

Bukan sahaja mengandungi ayat yang pendek, hikmah membaca surah Al-Fatihah ini adalah surah ini turut menjadi asbab menutup satu pintu neraka bagi setiap satu ayat yang dibaca.

Seperti yang ramai sedia maklum, manusia sememangnya tidak dapat lari daripada kesilapan. Hal in secara tidak langsung mendedahkan kelemahan diri sebagai manusia yang tidak terlepas daripada melakukan dosa.

Membaca surah Al-Fatihah telah dijanjikan Allah dalam menutup satu pintu neraka buat pembacanya sekaligus meningkatkan peluang seorang mukmin dalam memasuki Syurga atas izin Allah.

3. Mukmin yang membaca Al-Fatihah seolah-olah telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT

Sebuah lagi kebesaran surat Al-Fatihah dan kasih Allah kepada umatnya adalah Allah memberi ganjaran yang sangat besar kepada umatnya seolah sedekahkan emas di jalan Allah SWT dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja.

4. Memudahkan memperoleh ilmu pengetahuan serta membersihkan hati dan fikiran

Membaca Al-Fatihah turut boleh dijadikan amalan dalam memudahkan seseorang memperoleh ilmu pengetahun dalam membersihkan hati dari fikiran yang rosak dan terpesong.

Cara-caranya adalah dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada air untuk diminum selama tujuh hari. Nescaya seseorang itu akan mudah untuk menerima ilmu pengetahuan serta mempunyai hati yang lapang dalam menerima buah fikiran yang baik.

5. Mengkabulkan hajat seseorang

Surah yang mudah dibaca ini turut disyorkan ulama buat mereka yang mempunyai sesuatu hajat yang ingin dikabulkan. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selepas selesai solat Maghrib dan solat sunat.

6. Pembuka pintu rezeki

Surah ini turut menjadi amalan buat mereka yang mahu pintu rezekinya dibuka dengan luas dan dipermudahkan segala urusan hidup serta terhindar daripada segala kesulitan. Amalan yang diajar adalah dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali sewaktu makan sahur. Atas izin Allah, rezeki individu yang mengamalkannya akan dipermudahkan Allah.

7. Mengelakkan daripada sebarang gangguan sewaktu tidur

Khusus buat mereka yang mahu mengelakkan daripada diganggu sewaktu tidur dan ancaman mimpi buruk, disarankan untuk membaca Surah Al-Fatiah sebanyak satu kali sewaktu hendak tidur, diikuti dengan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Surah-AlFalapq serta Surah An-Nas sebanyak 1 kali sebelum tidur. Nescara individu tersebut akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

Surah al-Fatihah ini melengkapi unsur-unsur pokok syariat Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat al-Quran yang 113 surah berikutnya. Persesuaian surah ini dengan surat al-Baqarah dan surah-surah sesudahnya ialah surah al-Fatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surah al-Baqarah dan surah-surah yang sesudahnya.

Di bahagian akhir surah al-Fatihah disebutkan mengenai permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah al-Baqarah dimulai dengan petunjuk al-Kitab (al-Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

Jika tuan puan ingin mengetahui kelebihan surah Al-Mulk, boleh terus bacaan dengan ketik di sini.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Makhraj Huruf

Video: 5 Bahagian Makhraj Huruf

Bagi setiap huruf dalam Alquran, ada cara mahu menyebutnya. Jika sebutan kita betul, tepat lah bunyinya. Jika sebutan salah? Perkara sebaliknya berlaku. Setiap huruf dalam Alquran

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian