7 Jenis Tarannum Al-Quran Yang Perlu Anda Tahu Dalam Mendapatkan Bacaan Yang Lebih Enak

tarannum quran

Sekiranya anda pernah menonton pertandingan tilawah Al-Quran yang kerap kali ditayangkan di televisyen baik di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, atau anda sendiri pernah terlibat dalam pertandingan ini pastinya anda cukup tahu dengan seni bacaan tarannum Al-Quran yang penuh lunak dan ‘berlagu’.

Pengertian taranum

Pertandingan yang diperkenalkan dalam mencari pembaca Al-Quran itu turut mementingkan taranum yang dibawa peserta. Buat anda yang pertama kali mendengar perkataan taranum, taranum dari segi bahasa bermaksud menyanyi atau memperelokkan suara terhadap sesuatu. Manakala dari segi istilah pula tarannum adalah satu ilmu yang membahaskan kaedah kepelbagaian bunyi mengikut nada atau irama yang bertujuan untuk memperelokkan bunyi sesuatu bacaan al-Quran.

Untuk pengetahuan, taranum mulai wujud sejak di zaman Rasulullah S.A.W lagi serta turut disebutkan dalam hadis.

Sebagai umat Islam kita digalakkan membaca al-Quran dengan bertarannum sebagaimana sabda Rasulullah SAW iaitu “Bukanlah dari kalangan kami (umatku) orang yang tidak melagu-lagukan (bertarannum) dengan al-Quran”.

Dalil Tarannum Al-Quran

  1. Firman Allah SWT dalam surah Muzammil, ayat 4 mengatakan “Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.”.

Berdasarkan perintah Allah yang ringkas itu, Ibn Abbas menafsirkan tartil yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah bacaan yang jelas, terang makhrajnya serta perlahan-lahan.

Ini bermakna tartil adalah bacaan yang penuh berhati-hati, sempurna tajwid dan makhrajnya dengan alunan bacaan yang baik tanpa kegopohan.

Menurut Alfadhil Tuan Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail, bahawa bacaan tartil itu adalah merangkumi perkara asas seperti tajwid, tarannum, fasahah dan suara.

2. Hadis yang menggalakkan penggunaan tarannum dalam bacaan al-Quran seperti sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Abdullah bin Mughaffal al-Muzaniy berkata bahawa Rasulullah membaca surah al-fath pada tahun pembukaan kota makkah. Pada ketika itu Baginda sedang menuju ke Makkah di atas kenderaan Baginda. Baginda membacanya dalam keadaan melagu-lagukannya(bertarannum)”

Ciri-ciri Tarannum Al-Quran

Tarannum Bil Quran tidak boleh terpisah daripada ciri-ciri berikut :

  • Nada, iaitu tekanan atau tingkatan bunyi suara.
  • Rentak, iaitu gerakan untuk menghidupkan bunyi suara.
  • Irama, iaitu alunan atau bentuk bunyi.

Pada kali ini, kami akan berkongsi kepada beberapa jenis tarannum Al-Quran yang sering dibacakan para qari dan qariah dalam membuatkan bacaan Al-Quran lebih enak didengar pembaca dan juga pendengar.

Jenis-jenis Tarannum Al-Quran

1. Tarannum Bayati

Bayati berasal daripada perkataan (بيت) yang bermaksud rumah atau tempat kediaman. Tarannum ini dipopularkan oleh qari-qari Arab terutamanya di Mesir. Pendapat lain juga mengatakan Bayati berasal dari nama daerah di Iraq dan dibawa oleh orang Syria.

Tarannum ini mempunyai sifat alunan yang lembut di samping ketegasan. Ianya juga sesuai dengan tabaqot yang sederhana dan mempunyai unsur harmoni dan ketenangan. Sekiranya persembahan bacaan al-Quran tidak dimasukkan tarannum Bayati maka pasti dirasakan belum lengkap dan sempurna kerana tarannum Bayati adalah asas dalam ilmu tarannum.

2. Tarannum Nahawand

Nahawand merupakan salah satu nama tempat di daerah Hamdan, Parsi atau dikenali sebagai Iran. Nahawand bermaksud nama khusus bagi sejenis taranum yang dipopularkan oleh Qari di daerah tersebut mengikut budaya tersendiri.

Tarannum Nahawand mempunyai sifatnya tersendiri seperti gerak alunan yang ringan tapi berkesan, mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa serta bersesuaian dengan tabaqot yang sederhana. Tarannum ini juga lebih kepada ayat memohon dan bercerita dalam kelembutan yang bersopan. Selain itu, tarannum ini mampu melembutkan bacaan al-Quran serta menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

3. Tarannum Rast

Menurut Ustaz Nik Jaafar Bin Nik Ismail, tarannum Rast berasal dari Parsi,Iran. Kemudian diubahsuai oleh orag-orang Arab Mesir sehingga ia dikenali sebagai salah satu tarannum yang popular di Mesir.

Tarannum Rast merupakan tarannum yang unik. Kelembutan alunan yang mempunyai bunga-bunga suara membuatkan ia berbeza dengan tarannum lain dari segi lagunya.

Ia sesuai dengan mana-mana bentuk ayat al-Quran yang dibacadan sesuai dengan mana-mana tabaqot. Tarannum ini juga mempunyai gerakan lembut di samping ketetgasan. Tarannum yang mempunyai lagu yang hampir sama dengan Rast ialah tarannum Sikah dan Jiharkah.

4. Tarannum Soba

Soba dari segi bahasa bermaksud rindu. Manakala dari segi istilah tarannum ialah salah satu jenis tarannum yang dipopularkan oleh para Qari Arab mengikut budaya mereka.

Setiap tarannum mempunyai sifat tersendiri dalam mewarnai kepelbagaian dalam lagunya, begitu juga tarannum Soba. Tarannum ini mempunyai alunan yang lembut mendayu dan sesuai dengan ayat yang menunjukkan permohonan, merayu dan merintih.

Ianya juga mempunyai gerak ringan yang meresap jiwa serta sesuai dlam tabaqot yang sederhana. Tarannum yang mempunyai angina (suara) yang hamper sama dengan Soba ialah tarannum Bayati.

5. Tarannum Hijazi

Hijazi ialah salah satu nama kawasan di negara Arab Saudi. Istilah Tarannum Hijazi merupakan alunan tarannum yang dipopularkan oleh para Qari Hijazi mengikut budaya di kawasan tersebut. Tarannum Hijazi berlahjah Mesir lebih lembut dan menarik dengan kelembutan bahasa al-Quran.

Tarannum ini dikenali sebagai alunan yang tegas dan bersemangat. Ia biasanya sesuai dengan man-mana tabaqot untuk ayat doa, perintah dan marah atau amaran. Pergerakan alunannya tidak begitu fleksibel berbanding tarannum lain tetapi ianya bersifat lincah dan menghidupkan persembahan.

 Justeru, tarannum ini sesuai dengan para Qari yang mempunyai suara yang tinggi dan lantang kerana ayat-ayat yang dibaca bertujuan untuk ketegasan terhadap maksud ayat al-Quran.

6. Tarannum Sikah

Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang berasal negara Parsi. Pakar-pakar tarannum al-Quran dari Negara Hijazi digunapakai setelah diubahsuai dan dipopularkan kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia ini mengikut lahjah & Arab Hijazi.

Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang unik. Gerakannya yang ringan dan bersahaja membutakan ia berbeza dengan tarannum lain. Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan kisah Nabi atau kaum, kerohanian, hari kiamat dan sebagainya.

Ianya sesuai dengan mana-mana tabaqot serta mempunyai alunan yang lembut menusuk kalbu yang membawa kepada keinsafan di setiap makna bacaan al-Quran.

7. Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah berasal daripada dari negara Parsi dan digunapakai oleh para Qari Hijazi dengan mengikut budaya mereka. Ia dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut budaya mereka yang lebih lembut dan hebat bersesuaian dengan kelembutan al-Quran.

Tarannum ini dikenalai dengan sifatnya yang mendayu-dayu dan ayat merintih. Oleh itu, ia amat sesuai dibacakan pada ayat yang menceritakan tentang rintihan, hari kiamat atau doa.

Ia juga sesuai pada ayat yang bersifat dalaman ataupun rohani serta sesuai dengan tabaqot sederhana. Tarannum ini berperanan sebagai tarannum yang menenangkan persembahan yang tegang. Selain itu, tarannum ini juga memberi kefasihan dan ketartilan dalam bacaan al-Quran.

Berdasarkan tujuh jenis tarannum yang dikongsikan, diharap perkongsian ini dapat memberi pengetahuan dan juga pendedahan awal buat mereka yang ingin mendalami ilmu tarannum dalam usaha untuk membaca Al-Quran dengan lebih lunak dan secara perlahan-perlahan mengikut hadis Rasulullah S.A.W.

Didoakan segala amalan baik dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah diberi keberkataan atas izin daripadanya.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

Sukan dan Al-Quran (1)

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.” ~ Hadis Riwayat Muslim   Islam adalah

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian