7 Kebaikan Mengamalkan Surah Al-Mulk Dalam Kehidupan Seharian

Surah Al-Mulk merupakan surah ke-67 dalam Al-Quran. Surah ini diturunkan di Makkah dan terdiri daripada 30 ayat. Surah ini dinamakan sebagai Al-Mulk yang bermaksud kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.

Surah Al-Mulk merupakan salah satu surah yang boleh melepaskan kita dari azab kubur kerana kelebihan yang terdapat pada surah ini. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu mengenai kelebihan-kelebihan ini dan tidak berusaha untuk membaca ataupun menghafal surah ini.

Menerusi perkongsian pada kali ini, kami akan menerangkan kepada anda kelebihan yang diperoleh buat seorang mukmin yang mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian anda boleh menikmati sekiranya anda mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian.

7 Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk

1. Tidak merasa azab kubur

Kelebihan yang pertama kepada mereka yang mengamalkan surah ini adalah terlepas dariapda azab kubur. Hal ini dapat dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

2. Membantu seorang mukmin dalam memasuki Syurga

Mengamalkan membaca Surah Al-Mulk turut membantu mereka yang mengamalnya untuk memasuki syurga. Rasulullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

3. Pembaca akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga

Seperti yang ramai sedia maklum, Al-Quran merupakan mukjizat kepada Rasulullah S.A.W dan isi dala ayat Al-Quran merupakan pembimbing dan petunjuk kepada umatnya.

Khusus buat mereka yang mengamalkan surah ini, Rasulullah S.A.W menjanjikan mereka untuk mengeluarkannya dari Neraka dan memasuknya ke dalam Syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

” Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

4. Merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Dalam menjadi mukmin yang baik, seseorang mestilah melengkapkan perkara yang wajib sebagai seorang umat Islam dan juga mengikuti sunnah-sunnah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W. Sekiranya anda membaca surah ini sebelum tidur, anda sudah mengikuti sunnah Baginda.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk”

5. Menjadi pengganti semasa soal jawab dengan munkar nakir

Surah yang mudah dibaca dan dihafal ini turut membantu apabila meninggal dunia dan disoal jawab oleh Munkar Nakir kelak.

Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Wajah akan Dicerahkan Seperti Nabi Yusuf pada Hari Kiamat

Jika anda selalu membaca surah ini dalam kehidupan seharian anda, maka Allah akan mencerahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf pada hari kiamat. Hal ini dimaklumkan oleh  Saiyidina ‘Ali dengan berkata “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

7. Mengampunkan dosa pembaca

Selain dari memberi pahala apabila kita membaca surah ini, Allah S.W.T juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan membaca sehingga akhir surah.

“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)

Berdasarkan 7 kebaikan yang diperoleh dengan membaca Al-Mulk ini jelas menunjukkan surah ini mempunyai pelbagai kelebihan buat mereka yang mengamalkannya. Diharap perkara ini menjadi motivasi dan dorongan buat orang ramai untuk menjadikan bacaan Al-Mulk sebagai amalan dan mudah-mudahan menjadi hafazan seharian dalam melidungi diri daripada seksa kubur serta diberikan ganjaran Syurga.

Jika anda berminat untuk tahu asas tajwid membaca Al-Quran, boleh terus ketik di sini.

Share artikel ini di:

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian