7 Sunnah Agar Nabi Sentiasa Hidup Di Hati

Rasulullah itu kekasih Allah.

Lahirnya ke bumi merupakan satu barakah.

Hilangnya dari dunia memutuskan segala wahyu dari Maha Pencipta kepada hamba yang sentiasa meminta.

Sesungguhnya, Rasulullah itu permata, dunia dan akhirat.

Wajahnya tiada di mata, tetapi hidup di hati manusia setiap pelusuk dunia.

Itu kerana, Sunnah-sunnah Baginda masih dijaga rapi sehingga hari ini.

Itu yang membuatkan cahaya Islam sentiasa menyala di hati Muslim sejati.

Sempena bulan Rabiul Awal ini, kami senaraikan beberapa Sunnah Nabi yang mudah untuk kita ikuti dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Antaranya,

 

bismillah

 

#1 Mulakan setiap perbuatan dengan bacaan Basmallah

 

Setiap langkah, kecil atau besar, mulakan dengan kalimah Basmallah.

Ia untuk keberkatan, ia untuk perlindungan, ia untuk rahmat dari Allah yang Maha Kuasa.

Semoga hari yang kita lalui dengan niat kerana Allah taa’la itu diberi ganjaran sebaik-baiknya dan dipermudahkan jalannya.

Diikuti dengan doa-doa lazim untuk perbuatan tertentu.

Sebagai contoh, doa makan, doa melihat cermin, doa masuk masjid dan lain-lain.

 

makan

 

#2 Makan dengan tangan kanan

 

Selain dari makan dengan tangan kanan, disunatkan makan menggunakan hanya 3 jari.

Elakkan pembaziran tanpa meninggalkan lebihan makanan di pinggan.

Rasulullah juga suka menjilat jari apabila selesai menjamu makanan yang ada.

Juga, mengucapkan alhamdulillah tanda syukur akan rezeki yang diterima.

 

masjid

 

#3 Masuk masjid dengan kaki kanan

 

Masjid dan Baginda Rasulullah tidak dapat dipisahkan.

Antaranya, memakai wangi-wangian, membaca Al-Quran, berzikir, iktikaf, bersedekah, masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri dan menjaga wudu’ tanpa mengira waktu.

 

bilik-air

 

#4 Masuk bilik air dengan kaki kiri

 

Anas bin Malik Ra. menuturkan, jika Rasulullah Saw hendak masuk ke bilik air, beliau berdo’a,

“Allahumma inni a’udzu bika minal khubutsi wal khabaits”

“Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari setan laki- dan setan perempuan.”

 

Rasulullah akan masuk bilik air menggunakan kaki kiri dan keluar dari bilik air menggunakan kaki kanan.

Setelah membuang hadas besar atau hadas kecil, beristinjaklah dengan air, jika ada, dan menggunakan tangan kiri.

Keluar dengan segera selepas selesai urusan di bilik air dan tidak menjadikan bilik air tempat memikirkan sesuatu.

Kerana dikhuatiri idea yang datang dari bilik air itu berasal dari bisikan syaitan yang lebih banyak buruk dari manfaat kepada manusia.

 

bersiwak

 

#5 Bersiwak

 

“Siwak itu membersihkan mulut dan menyebabkan (didapatkannya) keredhaan Ar-Rabb (Allah).” Hadith riwayat Ibn Khuzaimah daripada Aisya R. A.

 

“Kalau bukan kerana akan memberatkan umatku maka akan ku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudu’.” (Hadits riwayat Bukhori dan Muslim)

 

tidur-miring-kanan-2

 

#6 Tidur mengiring ke kanan

 

Pelbagai Sunnah yang diamalkan ketika Baginda tidur.

Antaranya, mengiring ke kanan. Meletakan tangan kanan di pipi sebagai bantal tidurnya.

Rasulullah juga akan menukar baju yang berbeza ketika hendak tidur, bersiwak, berwudu’, mengadap kiblat dan mengibas tempat tidur sebelum beradu.

Juga membaca ayatul Qursi, 3 Qul, surah Al-Mulk dan surah as-Sajadah sebelum masuk tidur.

Ia doa pelindung dari syaitan dan musuh yang tidak diketahui.

Usah dilupa, niatkan diri mahu bangun awal bertahajud di pagi hari.

 

mengaji

 

#7 Memuliakan Hari Jumaat

 

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.

Bangun pagi dan mandi itu Sunnah Nabi.

Usah lupa untuk memakai pakaian yang bersih, berwangi-wangian untuk ke masjid nanti.

Rapikan rambut dan potong kuku tanda menjaga kebersihan diri.

Amalan bersedekah juga amat digalakkan pada hari Jumaat.

Datang awal ke masjid, berselawat, berzikir, berdoa dan baca surah Al-Kahfi untuk mendapat berkat dan perlindungan sepanjang minggu nanti.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!