8 Cara Berkesan Untuk Belajar Membaca Al-Quran Dengan Betul

Setiap muslim seharusnya boleh membaca Al-Quran dengan baik dan betul Tapi apa caranya nak membaca Al-Quran dengan betul?

Maka kita mesti kena tahu mengaji!

Saya tahu memang tidak mudah untuk belajar mengaji ni.

Jadi saya akan kongsikan 8 tip mudah untuk anda yang baru mula untuk belajar mengaji.

1) Mengenali Huruf Hijaiyyah

Macam mana nak baca Al-Quran kalau tak tahu Huruf Hijaiyyah kan?

Apa langkah-langkah yang boleh diambil? Kena belajarlah.

Tak susah pun, sekarang ni macam-macam kita boleh cari dengan menggunakan Youtube, Google dan sebagainya.

Cuma nak dengan taknak je kan?

2) Tanda Baca (Harakat)

Lepas dah tahu huruf hijayyah anda kena tahu pula tanda bacanya pula.

tanda baca tu yang mana?

Yang baris atas, baris bawah, baris depan, tanwin itulah.

Kalau dah kenalpasti tanda bacanya, barulah boleh bunyikan huruf tersebut mengikut baris-barisnya.

3) Bunyi Bacaan Tajwid

Cara nak lancar membaca ialah dengan mengenal bacaan tajwid. Ianya untuk kita kenal bagaimana bunyi huruf dengan tepat.

Contohnya, baca secara dengung, terang atau samar-samar, nipis atau tebal.

Sebab ramai juga yang masih salah ketika membunyikan tajwid tersebut.

4) Kenalpasti Hukum Tajwid

Hukum tajwid tu macam Mad Arid Lissukun dan Mad Wajib Muttasil.

Mad arid lissukun adalah apabila ada huruf mad bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah di akhir kalimat.

Maka cara membacanya harus dimatikan dulu baru dipanjangkan.

Kalau Mad Wajib Muttasil apabila ada huruf mad bertemu dengan hamzah pada satu perkataan, maka cara membacanya harus panjang lima harakat. 

5) Latihan Dan Praktikal

Belajar sekali memang tidak akan pandai sekelip mata.

Sama juga macam bayi yang baru nak belajar bertatih. Tapi mereka akan tetap mencuba walaupun asyik terjatuh.

Maknanya untuk berjaya memang perlukan latihan.

Jadi jangan mengalah, kalau boleh biarlah ada yang boleh membimbing kita ketika mengaji contohnya ustaz atau ibu bapa.

6) Menyediakan Jadual Belajar

JANGAN CAKAP TAK ADA MASA NAK BACA AL-QURAN!

Ramai yang selalu cakap “ala busylah” “ala tak sempatlah”.

Tapi pernah perasan tak ada je yang duduk melepak tak buat apa, ada yang main handphone 24 jam. Ada pula masakan?

Apalah salahnya sambil duduk-duduk tu kita buka aplikasi mengaji kat handphone tu kan.

Takkan bukan PUBG Mobile boleh buka Apps mengaji tak bolehkan?

Ataupun antara waktu Maghrib dan Isyak ke. Kan boleh juga kita luangkan masa mengaji sementara tunggu waktu Isyak pula.

7) Cari Guru Mengaji

Paling terbaik adalah dengan cari guru mengaji. Kalau malu pun, sekarang sudah banyak panduan dari Youtube, Facebook malah Instagram pun ada.

Betulkan?

8) Istiqamah Ketika Belajar

Lastly, teruskan dengan ‘ISTIQAMAH’ !

Teruskan dengan pembelajaran dan jangan tinggal. Bila anda tinggal even sehari anda akan cepat lupa apa yang anda dah belajar.

Takut-takut anda akan malas balik untuk belajar dan anda akan tinggalkan.

Rugikan?

Jadi teruskan berusaha, rajin dan jangan putus asa.

Tak rugi apa pun. Biarlah orang nak cakap apa sebab apa yang kita buat adalah ibadah dan dapat pahala lagi!

Yang penting belajar dengan hati yang ikhlas.

Anda mencari kelas mengaji persendirian? Anda nak kelas secara online? Klik disini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian