8 Tip Menghilangkan Sifat Malas. Dijamin Berkesan!

Setiap orang mesti ada sifat malas. Kalau boleh nak tidur je seharian. Malas boleh menyerang sesiapa saja tak kira masa dan tempat.

Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan.

Ada 8 tip yang anda boleh ikuti untuk menghilangkan sifat malas dalam diri anda.

1. Kenali Masalah Sifat Malas Anda

Setiap kali rasa malas mesti disebabkan oleh sesuatu. Betul?

Sifat malas ini adalah simptom, bukannya masalah itu sendiri.

Jadi cuba tanya diri sendiri kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi? Adakah anda sudah letih, penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya?

Kenalpasti kenapa anda berasa seperti itu dan kemudian berdepan dengannya jangan larikan diri.

2. Selesaikan Masalah Malas Anda

Setelah anda mengenalpasti punca malas itu, cuba selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu.

Barulah anda fokus apa yang anda ingin lakukan berikutnya.

Ia mungkin sukar tetapi jika tidak diselesaikan sampai bila anda nak berterusan macam ini.

Contohnya bila ada lagi kerja rumah yang belum diselesaikan sebaiknya anda selesaikan supaya anda boleh buat kerja lain pula.

Betulkan? Percayalah anda akan rasa ketenangan yang maximum kalau anda lakukan tip ini!

3. Mulakan Sesuatu Walaupun Sedikit

JANGAN TANGGUH!

Ye jangan tangguh sesuatu kerja yang anda kena siapkan. Nanti akan jadi malas.

Semua perkara mesti ada permulaannya, jika anda inginkan sesuatu perlulah bermula dari sekarang, walaupun ianya sedikit.

Memang nak mulakan sesuatu tu rasa susah tapi kalau kita buat juga lama-lama kita akan nampak hasilnya.

Kalau anda masih malas, makin lama makin susahlah nak mula kerja tu.

Jadi mulalah lakukan sesuatu!

4. Sediakan List

Cuba buat list.Kalau anda buat mesti kerja anda lebih teratur.

Boleh senaraikan sehari atau seminggu lebih awal supaya anda lebih senang untuk mengatur masa.

Make sure ikut tau list tu.

5. Tinggalkan Benda-Benda Lagha

Antara sebab kita menjadi malas adalah disebabkan oleh gangguan, contohnya seperti gadget, media sosial, permainan dan sebagainya.

Tiada masalah menggunakannya, cuma kalau tidak secara terkawal, ia boleh memakan diri sendiri.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengatur masa, bila boleh bersosial dan bila boleh bermain game.

Matikan phone apabila sedang melakukan kerja, agar tidak mudah diganggu dengan notifikasi dan sebagainya.

6. Disiplinkan Diri Dari Sifat Malas

Jangan berhenti rehat jika tidak perlu. Siapkan terlebih dahulu tugasan yang anda perlu siapkan, kemudian ambillah rehat sekejap sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya.

Kalau boleh cubalah untuk tidur awal seeloknya 6 ke 8 jam supaya anda boleh lakukan kerja dengan senang hati.

7. Jangan Mengalah

Jangan sesekali anda ‘down’ bila ditimpa masalah.

Hidup ini bukannya lurus dan ada kalanya bengkok.

Jangan putus asa dengan apa yang anda ingin usahakan.

Dapatkan nasihat pakar sekiranya boleh.

Jangan biarkan usaha anda selama ini disia-siakan.

8. Kerap Ingatkan Diri Tentang Matlamat

Bayangkan kenapa anda membuat sesuatu perkara tersebut dan cuba bayangkan kesan jika anda berputus asa.

Mungkin anda akan takut untuk jadi malas dan akan sentiasa berusaha.

Kesimpulannya janganlah tanam rasa malas diri kalau anda ingin berjaya seperti orang lain.

Allah tidak menjadikan hambaNya pandai dan bodoh, tetapi Allah menjadikan hambaNya rajin dan malas sahaja.

Jadi fikir-fikirkan dan muhasabah diri kita kerana kita yang memilih jalan hidup kita ini nak jadi yang macam mana.

SUMBER : Info pelajar

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian