Adab-Adab Utama Mengajar Dan Mempelajari Al-Quran

Perkara yang sangat dituntut oleh Islam adalah adab.

Kita tidak mendapat berkat kalau tak menjaga adab-adab belajar Al-Quran.

Semuanya jadi sia-sialah. Dah rugikan?

Sebelum memulakan bacaan jom kita check dulu adab-adabnya.

Niat Bagi Mendapatkan Keredhaan Allah SWT

Perkara pertama yang perlu tuan puan tanam dalam diri ialah ‘niat’.

Berniatlah semoga segala perbuatan kita diredhai Allah SWT.

Apatah lagi mempelajari Al-Quran ni sangat mulia perbuatannya.

Pasti niat kita diterima Allah SWT dan urusan kita dipermudahkan.

Tiada Unsur Keduniaan

Orang yang mengajar dan belajar Al-Quran hendaklah asingkan hal duniawi dan juga ukhrawi.

Kadang-kadang bila kita belajar tapi fikiran kita memikirkan hal dunia timbul rasa tidak ikhlas untuk belajar Al-Quran.

Selain itu, elakkan juga unsur nak dapatkan pujian manusia atau perhatian orang lain.

Sesungguhnya Allah SWT berfirman : “Sesiapa yang menghendaki faedah di akhirat, Kami akan menambah faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki kebaikan di dunia, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu, dan tidak ada untuknya suatu bahagian di akhirat kelak.

(Surah As-Syura, ayat 20)

Tidak Terikut-Ikut Dengan Orang Lain

Adab seterusnya ialah jangan nak belajar mengaji ni sebab ikut trend.

Aik belajar mengaji pun ikut trend juga ke?

Haa, memang ada je semua tu zaman-zaman sekarang ni.

Kalau tengok dekat Instagram nampak pula kawan kita post pasal dia belajar mengaji dan kita pula cemburu kawan kita kena puji je memanjang.

Kita pun pergilah cari kelas mengaji tapi salah ertikan pula.

Sebab niat nak post juga dekat Instagram nak minta kena puji.

Dah salah niat tu kan.

Kalau boleh biarlah kita betul-betul ikhlas belajar mengaji ni.

Lagipun tak baik kita olok-olok nak membaca Al-Quran.

Akhlak Seorang Guru

Haa bukan pelajar je kena ada adab yang baik. Guru pun wajib menjaga adab ketika mengajar, lagi-lagi guru yang mengajar Al-Quran.

Sifat yang perlu ada pada seorang guru ni ialah nilai-nilai murni, akhlak terpuji serta perwatakan yang disenangi.

Allah sangat menggalakkan kita bersifat zuhud di dunia.

Selain itu, guru-guru juga perlu sabar, lemah lembut, mengelakkan diri daripada terjebak dalam hal-hal yang tidak bermanfaat, warak, tenang dan bersopan santun.

Selain guru yang dekat sekolah tu, ibu bapa juga adalah seorang guru tau.

Ibu bapa perlu menanam sifat seperti itu juga sebab ibu bapalah yang akan mendidik anak-anak di rumah.

Mengutamakan Kualiti

Di Celik Al-Quran tidak mengharapkan wang ringgit tuan puan sama sekali.

Apa yang penting, tuan puan boleh capai cita-cita untuk boleh mengaji Al-Quran.

Sebab kami yang membuka peluang, tuan puan pula datang dengan harapan.

Jadi kami ikhlas membantu tuan puan sehingga berjaya.

Niat kita semua sama. Kami inginkan tuan puan berjaya. Tuan puan juga ingin berjaya.

Jadi kami lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

BACA JUGA : Pesanan Untukmu Wahai Penuntut Ilmu

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian