Adab-Adab Ketika Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Sebelum membaca Al-Quran ketahui dulu adab-adab ketika membaca Al-Quran.

Berwuduk

Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan untuk berwuduk.

Al-Quran bukanlah buku biasa ia adalah wahyu suci yang turun dari Allah.

Maka pelbagai tertib perlu dijaga sebelum membaca kalimah-kalimah Allah ini.

Mulut yang bersih

Pastikan anda memberus gigi atau bersiwa’ terlebih dahulu.

Pastikan mulut anda bersih dan bebas daripada makanan atau bendasing.

Jangan mengaji sambil mengunyah makanan di mulut.

Tempat yang bersih

Pilihlah lokasi yang tenang, bersih dan suci dari najis untuk anda mula membaca Al-Quran.

Sebaik-baiknya bacalah Al-Quran di Masjid dengan bantuan tenaga pengajar jika ada kelapangan.

Mulakan dengan Ta’awwudz dan Basmallah

Mulakan setiap bacaan dengan A’uzubillahiminash syaiton nir rajim, diikuti dengan Bismilla hirahman nir rahim.

Bacaan ini dimulakan bersama agar Allah memberi pelindung dari gangguan syaitan yang di rejam ketika membaca Al-Quran dan agar amal ibadah anda diterima kerana Allah taala.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Mudah-mudahan bacaan Al-Quran seterusnya, lancar dengan kehendaknya.

Doa terang hati

Amalkan membaca doa terang hati Nabi Musa sebelum memulakan bacaan.

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku.” (Taha : 25-28)

Menutup aurat

Disunatkan untuk menutup aurat bagi menghormati kalimah suci yang sedang anda baca.

Aurat lelaki ialah dari pusat ke lutut.

Manakala aurat wanita merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Didiklah dari anak anda kecil akan hal ini agar ia mudah diteladani sehingga mereka dewasa nanti.

Pastikan juga pakaian anda suci dan bebas hadas ketika membaca Al-Quran itu nanti.

Mengadap kiblat

Sebaik-baiknya bacalah Al-Quran dengan posisi anda yang mengadap kiblat.

Tangan kanan

Mulakan dengan mengambil Al-Quran menggunakan tangan kanan kerana ianya sunnah Nabi.

Kemudian peganglah Al-Quran dan bacanya menggunakan kedua tangan yang ada.

Khusyuk

Bacalah Al-Quran dengan penuh tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

Disunatkan juga untuk membaca Al-Quran dengan menggunakan suara yang merdu.

Bacalah juga mengikut tertib tajwib yang diberi agar makna ayat yang diturunkan itu sampai ke hati.

dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil” (Al-Muzzammil : 4)

Tidak melakukan aktiviti lain

Bacalah Al-Quran dengan penuh perhatian dan jangan ada aktiviti lain yang dilakukan ketika bacaan sedang berlangsung.

Seperti contoh, bercakap-cakap, bergelak ketawa, makan, menonton televisyen dan sebagainya.

Ini seakan-akan sedang menunjukkan bahawa anda tidak menghormati ayat-ayat suci yang sedang dibaca.

Jika benar ada keperluan untuk menghentikan bacaan, berhentilah pada tanda-tanda yang dibenarkan atau sudahi ayat yang sedang dibaca.

Memahami erti

Dalamilah erti setiap ayat yang sedang dibaca untuk menghayati apa yang sedang dibicarakan oleh Allah secara terus.

Benar, bahasa Al-Quran bukan bahasa ibunda kita namun itu bukanlah penghalang.

Terdapat banyak Al-Quran beserta dengan terjemahan di pasaran sekarang.

Jika benar ada niat dan usaha pasti matlamat untuk mengenal erti ayat-ayat ini anda kecapi.

Menyimpan di tempat tinggi

Usai membaca, simpan dan letakkanlah Al-Quran di tempat yang tinggi agar tidak mudah dilangkah atau dirosakkan.

Al-Quran itu kitab yang perlu dipelihara dan dijunjung, itu signifikasi untuk meletakkannya di tempat yang lebih tinggi dari buku-buku yang biasa ada.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian