Al-Quran ‘Al-Hadi’ Ini Tidak Boleh Digunakan. Kenapa ?

Baru-baru ini terjumpa sebuah posting Facebook seorang sahabat ini tentang Al-Quran yang dijumpainya di perpustakaan dan beliau membacanya.

Menurut posting itu, beliau sedang membaca Surah Al-Anfal. Tiba pada ayat yang ke 60, bacaan beliau terdapat sedikit kekeliruan.

Terdapat 2 perkataan yang diulang-ulang dalam pembacaannya.

Rasa ada yang tak kena. Macam lain daripada apa yang selalu dibaca.

Selepas berhenti beliau terus membuka mushaf uthmani riwayat hafs yang lain.

Salah baris!

Ini ayat yang barisnya salah.
Ini ayat yang barisnya betul. Surah Al-Anfaal ayat 60 (m/s 184)

Huruf Mim sepatutnya berbaris depan, bukan berbaris mati. Ada yang tak kena dari sudut dhobtul Quran.

Penulisan Al-Quran kebiasaannya akan meraikan wasal, sebab itu berbaris depan untuk bersambung dengan perkataan seterusnya.

Dalam mushaf riwayat warsy ayat ini merupakan ayat yang ke 61 sebab ayat 42 surah Al-Anfal dipecahkan kepada 2 ayat.

Mushaf warsy pun berbaris hadapan.

Di muka surat hadapan pada bahagian pentashihan memang ada cop tashih.

Walaupun tidak ditulis riwayat apa, tapi telah ditetapkan oleh lembaga pentashih Indonesia, haruslah mengikut standard yang menggunakan riwayat Hafs ‘an Asim.

Ini masalahnya bila guna mushaf luar terutamanya Indonesia.

Bukan sekali dua terjadi, tapi dah banyak kali berlaku peristiwa macam ini.

Jadi mushaf ini kurang sesuai diguna kerana sedikit sebanyak mengelirukan orang awam.

Dan tak akan mendapat kelulusan lembaga pentashihan kerana bercanggah dengan fatwa kebangsaan yang mengharamkan terjemahan fonetik dalam tulisan rumi.

Sumber daripada klik disini.

Kesimpulannya, berhati-hati dalam memilih. Rujuklah kepada yang lebih pakar sekiranya tidak tahu untuk memilih yang lebih elok.

Hal ini kerana sekiranya salah menyebut baris dalam bacaan maka salahlah maksudnya. Inilah yang patut kita elakkan supaya tidak diikuti oleh orang lain pula.

Untuk mencari artikel yang menarik boleh klik disini.

Bagi mereka yang ingin belajar mengaji, membetulkan bacaan, atau buta huruf hijaiyyah jangan risau klik disini untuk membantu masalah anda.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian