Allah Memberi Pahala Syahid Buat Mereka Yang Sedang Belajar Al-Quran

Allah SWT menjanjikan siapa yang di dunia belajar Al-Quran akan dikurniakan pahala syahid baginya dan syurgalah tempatnya di akhirat kelak.

Abdullah bin ‘Amr RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

“Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” 

(HR Abu Daud)

Maksud Hadis Di Atas

Berdasarkan hadis diatas, ulama menyatakan orang yang baca Al-Quran nanti akan terus membaca satu demi satu ayat Al-Quran.

Sehinggalah dia tiba di Syurga Firdaus.

Apabila tiba di Syurga Firdaus barulah dikatakan, “Berhentilah, ini adalah kedudukan kamu di akhir ayat yang kamu baca.”

Itulah kehebatan dan kedudukan bagi golongan yang membaca Al-Quran sebagai rutin hariannya. 

Maka, bacalah Al-Quran pada setiap hari walaupun beberapa potongan ayat.

Jangan biarkan waktu kosong sia-sia begitu sahaja tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat. 

Tidak kira walau di mana kita berada.

Ketika sedang menunggu lampu isyarat pun boleh.

Atau sebelum tidur sekalipun gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah mudah yang kita hafal.

Pahala untuk yang membaca Al-Quran bukan dikira selepas habis membaca satu surat atau ayat.

Tetapi setiap huruf pada ayat itu yang dikira ganjarannya sebanyak 10 pahala.

Bayangkanlah satu hari kita membaca 1 muka surat dan cubalah kira ada berapa huruf di setiap ayat itu. 

Satu huruf bersamaan 10 pahala.

Tak terhitung banyaknya pahala yang kita dapat.

Ulama menyatakan, dua pahala yang diperoleh itu, satu untuk bacaannya manakala satu pahala lagi kesusahannya ketika membaca.

Jangan rungsing untuk membaca walaupun masih merangkak-rangkak.

Kerana Allah menjanjikan 2 ganjaran buat mereka yang berusaha juga untuk membaca walaupun tidak lancar.

Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 

“Orang yang membaca Al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” 

(HR Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, tetapkanlah dalam diri untuk rajin mengaji setiap hari walaupun hanya 1 muka surat.

Biar sedikit asalkan ada juga membaca.

Kerana jiwa orang yang sering berdamping dengan Al-Quran akan sentiasa tenang dan lapang.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian