Alquran sebagai berita gembira buat umat Muhammad!

Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang terpelihara keasliannya hingga kini, sejak ia diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w.

Perkara ini tidak ada pada Kitab Allah sebelumnya.

celikalqurandotcom belajar alquran

Berbeza dengan Kitab Injil, Zabur dan Taurat, Al-Quran sentiasa dalam keadaan seragam.

Tidak ada perbezaan satu huruf pun dalam kitab ini yang ada diseluruh dunia, dari dahulu hingga hari ini.

Apakah berita gembira yang ada dalam Alquran untuk menjadi petunjuk buat kita?

celikalqurancom-slide1-alquran-macbook2

Berita Gembira #1 ~ Al-Quran Petunjuk Umat Manusia

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surat Al-Isra’ ayat 9.

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

Ramai orang kadang-kadang keliru akan apa yang perlu dilakukan di dunia ini, kemudiannya terjerumus melakukan dosa dan maksiat.

Al-Quran sebagai petunjuk agar manusia berjalan terus di jalan yang lurus.

Kitab ini menjelaskan mana yang salah, mana yang benar dan memberi peringatan-peringatan supaya istiqamah dalam taqwa kepada Allah s.w.t.

 

Berita Gembira #2 ~ Al-Quran Mukjizat Rasullullah s.a.w.

Diwahyukan pada Rasullullah s.a.w. yang tidak tahu membaca dan menulis, namun Allah menjaga keaslian kitab ini untuk KekasihNya. Al-Quran inilah sumber segala hukum dan penyempurna kitab-kitab terdahulu. Walaupun kitab ini diturunkan beribu tahun yang dulu, namun ia sesuai digunakan sehingga akhir zaman.

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr 15:9)

celikalquran.com-belajar-alquran-kelas-alquran

Berita Gembira #3 ~ Al-Quran Menjelaskan Umat Manusia Pemimpin Dunia

Didalam Al-Quran disebutkan berbagai sifat manusia, yang baik dan yang buruk.

Anugerah akal pada manusia membezakan ia dengan haiwan. Oleh itu, Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di dunia.

Sebagai pemimpin, wajarlah manusia memiliki akhlak yang baik, bukan berperilaku seperti haiwan.

Dengan mengamalkan Al-Quran, ia akan melahirkan insan yang bertakwa dan berakhlak mulia.

 

 Berita Gembira #4 ~ Al-Quran Petunjuk Kehidupan

Kitab ini berisi banyak perkara termasuklah hukum dalam menjalani kehidupan. Hukum dari Allah s.w.t. tentunya lebih sempurna bila dijadikan dasar untuk kehidupan individu mahupun memerintah negara.

Al-Quran lengkap dari segala segi ilmu, dunia dan akhirat.

Umat Muhammad yang mempelajari Al-Quran dan mengamalkannya dengan baik, pasti kehidupannya dilindungi dan diterangi cahaya Illahi.

celikalqurandotcom-mengaji-alquran-online

Berita Gembira #5 ~ Al-Quran Sumber Ilmu

Tiada kitab selengkap ini yang ada di dunia.

Tiada kitab selengkap ini yang punyai ilmu hukum, ilmu tasawuf, ilmu falsafah, ilmu sejarah, ilmu pendidikan, ilmu biologi dan ilmu astronomi didalamnya.

Ini dibuktikan dengan lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan dan cendikiawan yang terkenal seperti:

a.    Abū Nasir Muhammad bin al-Farakh al-Fārābi – dikenali sebagai Al-Farabi.

Beliau ialah pemikir terkemuka dari era abad pertengahan dan karyanya merangkumi Ilmu Logik, Ilmu Matematik, Ilmu Alam, Teologi dan Ilmu Politik.

Dunia barat mengenali beliau sebagai Alpharabius.

 

b.    Abū Abdullāh Muhammad ibn Jābir ibn Sinān ar-Raqqī al-Harrani as-Sabi al-Battānī – dikenali sebagai Al-Batani.

Beliau seorang ahli matematik dan astronomi dari Arab.

Salah satu pencapaiannya yang terkenal dalam astronomi adalah tentang penentuan Tahun Matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 46 menit dan 24 detik.

Dunia barat mengenali beliau sebagai Albatenius.

 

c.     Abū ‘Alī al-Husayn bin ‘Abdullāh bin Sīnā – lebih sinonim dengan panggilan Ibnu Sina.

Beliau seorang tokoh seorang ilmu falsafah, ilmuwan, dan juga doktor.

Dunia barat memanggil beliau Avicenna dan ‘Bapa Perubatan Moden’ bagi zaman beliau.

Karya beliau masih digunakan dan menjadi rujukan berabad-abad lamanya seperti The Book of Healing dan The Canon of Medicine, dikenal juga sebagai sebagai Qanun (judul lengkap: Al-Qanun fi At Tibb).

celikalqurancom-slide1-alquran-macbook

Inilah sebaik-sebaik kitab untuk alam semesta.

Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu (Surah Hud 11 :1)

Dari Pencipta Ya Khaliq kepada Hambanya. Hadiah, yang terlalu berharga.

 

 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!