Amalan Zikir Ini Membuat Seseorang Untuk Cepat Ingat Ketika Belajar

Zikir adalah satu tuntutan dan lebih merujuk kepada mengingati kepada Allah SWT atau menyebut nama-nama Allah.

Dengan berzikir hati kita akan menjadi tenang dan damai sebab itulah janji Allah kepada kita.

Rasulullah SAW juga mengajak umatnya untuk berzikir untuk sentiasa berasa tenang.

Kalau tuan puan nak tahu zikir sebenarnya membantu meningkatkan aktiviti tak kita.

Setiap ucapan zikir daripada mulut kita akan membantu menurunkan gelombang otak sehingga 110hz.

Kesannya ada pada otak di belakang dahi manusia.

Dikenali sebagai Prefrontal Cortex.

Zikir dapat mengalihkan aktiviti otak dari bahagian yang memproses bahasa ke bahagian yang mempross emosi.

Sebab itu bila kita berzikir kita akan rasa lembut hati dan boleh menangis.

Betul tak tuan puan?

Tapi boleh ke berzikir ini mampu meningkatkan memori seseorang?

Kalau tuan puan nak tahu bahagian yang dirangsang dengan berzikir ialah Hippocampus.

Iaitu ladang memori otak manusia.

Hippocampus ini boleh membesar kalau kita rajin berzikir.

Sebab itu pelajar-pelajar dinasihatkan sebelum mula study rajinkan berzikir dahulu.

Dengan zikir akan meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex.

Apa benda pula tu Ustaz?

Posterior Cingulate Cortex itu adalah bahagian pembekal motivasi pada otak kita.

Dengan berzikirlah nanti study kita akan jadi lebih panjang dan kita mudah fokus pada study.

Kesimpulannya tuan puan, marilah kita bersama-sama ringankan lidah untuk berzikir.

Jom berzikir. SubhanAllah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian