Norman Hakim Meremang Mendengar Anaknya Hafaz 28 Juzuk Alquran

Ibu Bapa Sentiasa Mahu Terbaik

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Ayah mana yang tidak berbangga apabila melihat anak menunjukkan perubahan yang baik terutama dalam bidang agama.

Norman Hakim memaklumkan, anaknya Mohamed Danish Hakim sudah menghafaz sebanyak 28 Juzuk Alquran.

“Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

“Saya hanya baca mana-mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

“Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali.

 

“Saya kagum melihatnya, kalau saya belum tentu lagi boleh lakukan begitu,”

Ujar pelakon Norman Hakim yang akui kagum apabila mendapat tahu anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, sudah menghafaz 28 juzuk al-Quran.

 

Sambung Belajar Di Turki

Norman berkata jika dia, belum tentu boleh menghafaz ayat al-Quran sebanyak itu seumur hidupnya.

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi bakal menyambung pengajiannya ke Turki pada Oktober depan.

“Bagi saya dia memang anak yang terpilih dan dipilih oleh Allah untuk mempunyai kelebihan menghafaz.

“Anak-anak begini biasanya yang menjadi bench mark kepada kita sebagai ibu bapa untuk menjadi lebih baik.

“Moga Allah lindunginya dan kami sekeluarga tidak berhenti mendoakan kesejahteraannya di sana nanti,” ujarnya.

Tahniah kepada Norman Hakim kerana berjaya mendidik anak-anak untuk mencintai Alquran.

Usaha untuk belajar Alquran adalah usaha yang berterusan.

 

Proses Belajar, Proses Berterusan

Proses belajar Alquran adalah usaha yang perlu dilakukan dan menjadi suatu amalam dalam keluarga seperti dalam video di bawah ini.

 

Kami di Celik Alquran sentiasa mendoakan kita semua diberi kekuatan untuk belajar Alquran tak kira di hatap mana pun kita sekarang berada.

 

Sama ada baru mula mahu belajar Alquran.

Ataupun sudah boleh mengenal huruf namun ingin melancarkan lagi bacaan, belajar lah.

Kerana dengan belajar sahaja kita mampu memperbaiki diri.

 

Baca Lagi: Mula Belajar Alquran Dari Asas? Ini Sesuai Untuk Anda!

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!