Anda Berhak Bahagia! 5 Tip Berkesan Untuk Menghindari Rasa Malu

Setiap orang mesti ada moment-moment yang memalukan dalam hidup mereka. Ada juga yang rasa diri tak berguna kepada masyarakat.

Walaupun moment itu sudah lama berlalu, tetapi tetap kekal dalam ingatan sehingga sekarang.

Malu?

Tapi sampai bila nak pendam rasa malu itu.

Sepatutnya kita kena buang rasa malu kalau nak berjaya.

Mari saya kongsikan 5 tip yang berkesan untuk menghindari rasa malu anda.

1. Lupakan Peristiwa Yang Memalukan Diri Anda

Saya tahu tak mudah untuk anda melupakan moment yang memalukan itu.

Tapi anda kena ingat untuk berjaya kena bermula daripada diri anda sendiri.

Bukan orang lain yang akan membuat anda berjaya.

Jadi anda sendiri yang kena berusaha buang malu itu dan cuba abaikan kata-kata negatif orang lain.

Sebab apa?

Kalau anda nak tahu, semua orang ada sifat malu.

Orang yang sekarang sudah berjaya pun ada sifat malu itu.

Tapi bagaimana mereka boleh berjaya? Sebab mereka sentiasa positif dengan diri mereka sendiri.

2. Percaya Kata Hati Anda!

Yes Trust Yourself!

Jangan dengar apa yang orang sekeliling cakap tentang diri anda kalau ianya menjatuhkan semangat anda.

Buatlah keputusan yang betul untuk kepuasan diri anda sendiri.

Macam saya cakapkan tadi cuma anda sahaja yang boleh tentukan nasib diri anda sendiri.

Percayalah, kalau kata hati anda berkata itu baik jangan takut untuk melakukannya okay!

3. Fokus Kepada Matlamat Anda

Ini adalah tip yang sangat penting kalau nak berjaya.

Fokus, Fokus, Fokus.

Kenapa saya ulang? Sebab kalau anda hilang Fokus anda akan lupa apa matlamat yang anda ingin kecapi.

Cuba anda tampal nota-nota kecil di bilik, di peti sejuk ataupun anda buat wallpaper handphone apa matlamat anda sebenarnya.

4. Minta Support Orang Terdekat Anda

Saya tahu kita semua akan rasa kuat bila berada disamping yang tersayang.

Mintalah support mereka terutama sekali ibu bapa kita. Mintalah doa dan restu mereka supaya urusan anda dipermudahkan.

Ibu bapa mana yang taknak tengok anak-anak mereka berjaya bukan?

Di samping itu, cuba dekatkan diri dengan kawan-kawan yang sentiasa bersikap positif supaya kita terbiasa dengan suasana dan aura yang positif juga.

Seikit sebanyak anda mempunyai keyakinan dan kurang berasa malu.

5. Love Yourself!

Be yourself dear. Ingat, Allah tak akan ubah nasib seseorang melainkan diri sendiri yang mengubahnya.

Anda tahu mana arah yang ingin dituju.

Anda yang pilih jalan hidup anda sendiri.

Kesimpulannya, bagi mengatasi perasaan malu anda perlu sedar kita hidup adalah sebagai pemimpin.

Justeru, anda perlu bekerja keras untuk maju dalam apa sahaja bidang.

Anda perlu berani, santun, gigih bekerja serta wajar merancang dan mencapai impian hidup anda.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian