Anda Perlu Tahu 7 Tip ini Sebelum Memilih Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berjanji untuk memeliharanya dan kerana itu Al-Quran tetap terpelihara dan terjamin daripada sebarang perubahan.

Pemeliharaan Al-Quran dalam pelbagai bentuk teknologi termasuk fizikal, digital serta hafazan menjadi bukti kukuh bahawa Al-Quran tetap terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan.

Berikut merupakan 7 tip yang perlu anda ketahui sebelum mendapatkan Al-Quran untuk dibaca setiap hari.


1. Disemak Dan Diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Langkah pertama yang harus kita lakukan adalah memeriksa Al-Quran tersebut samada ia mempunyai kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Kebiasaannya, cop pengesahan dan no kelulusan terdapat dibahagian awal ataupun akhir cetakan Al-Quran.

Setelah kita memastikan ianya ada, maka dapatlah kita ketahui bahawa naskhah aslinya telah pun melalui suatu proses semakan oleh ahli lajnah tashih Al-Quran.

seterusnya dibawa ke peringkat Lembaga Pengawalan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri KDN untuk diluluskan.

Ini penting, kerana ia dapat mengenepikan keraguan kita tentang keaslian ayat-ayat yang mungkin tersalah atau dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.

2. Kualiti Kertas

Jenis kertas sangat berpengaruh terhadap kemudahan ketika membaca. Terdapat beberapa jenis kertas yang biasa digunakan dalam pencetakan antaranya ialah :

  1. Kertas Putih
  2. Kertas Kilat (putih)
  3. Premium (kuning)

Dari ketiga jenis kertas yang biasa digunakan dalam mencetak mushaf tersebut, kertas premium/ kuning luxs.

Kertas ini yang direkemen untuk dipilih kerana jenis kertas ini menyerap cahaya dan tidak memantulkan cahaya silau, sehingga tidak terlalu gelap dan sesuai untuk tempoh membaca yang lama untuk mata.

Jika sukar untuk menemui jenis Paper Premium, jenis yang dicetak menggunakan kertas HVS menjadi pilihan kedua.

Tidak dianjurkan untuk memilih yang bercetak menggunakan kertas terlalu berkilat kerana boleh jadi silau ketika membacanya.

3. Penjilidan Al-Quran

Dari sudut luaran, kebiasaanya dapat dilihat dibahagian sisi bawah atau atas jahitan atau gam yang digunakan untuk menggabungkan helaian-helainnya.

Jika anda memilih penjilidan dengan versi jahitan maka kebiasaannya kualitinya adalah lebih baik berbanding gam.

Namun tidak dinafikan gam yang digunakan juga biasanya sudah baik dalam memastikan ia tidak tertanggal atau terkoyak daripada jilidnya.

Pada sesetengah jenis, Perjuzuk yang didatangkan dengan kotak atau ‘box’ pula, kita boleh memastikan jumlah atau juz yang kita perolehi cukup dan saiznya sesuai dengan penggunaan kita.

4. Mempunyai Pelekat Hologram KDN

Pelekat ini mempunyai :
i. Jata Negara
ii. Logo KDN
iii. Tulisan perkataan ‘Malaysia’ memenuhi stiker
iv. Tulisan perkataan ‘Sahih’ dalam ejaan jawi
vi. Nombor siri
vii. Ada perkataan TULEN

5. Huruf Dan Susun Atur Mushaf Al-Quran

Jenis huruf yang sukar dibaca akan memberi kesan pada kelancaran dan ketepatan sesuatu bacaan.

Namun bagi praktikal penggunaan seharian kita sendiri.

Pilihlah Resam Uthmani, samada dengan tajwid berwarna atau pun tidak, terjemahan per kata atau terjemahan yang sesuai.

Di samping itu, kini terdapat juga mushaf dengan panduan Waqaf dan Ibtida kaedah berwarna yang memudahkan kita berhenti dan memulakan bacaan pada makna dan maksud ayat yang sesuai.

6. Tulisan Bertepatan Dengan Kaedah Rasm Uthmani

Lihat ejaan الرحيم dalam Basmalah atau ayat ke-3 surah al-Fatihah, jika tidak ada tanda sukun (tanda mati) di atas huruf Ya, maka ia adalah kaedah Rasm Uthmani.

7. Al-Quran Terjemahan

Di Malaysia umumnya, Al-Quran terjemahan boleh didapati di dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Pilihlah mengikut kecenderungan dan kefasihan.

Mulakan dengan membaca beberapa helaian awal Al-Quran terjemahan tersebut untuk melihat gaya terjemahan yang bersesuaian dengan kecenderungan bahasa anda.

Jadikan pengalaman setiap kali mengaji satu ibadah yang memberikan kepuasan dengan memahami dan menghayati maknanya.

Untuk itu, amat penting untuk memiliki Al-Quran yang serasi dengan anda, yang membuatkan anda sentiasa mahu berdampingan dengannya setiap hari.

Kesimpulannya, berhati-hati dalam memilih. Rujuklah kepada yang lebih pakar sekiranya tidak tahu untuk memilih yang lebih elok.

Hal ini kerana sekiranya salah menyebut baris dalam bacaan maka salahlah maksudnya. Inilah yang patut kita elakkan supaya tidak diikuti oleh orang lain pula.

Untuk mencari artikel yang menarik boleh klik disini.

Bagi mereka yang ingin belajar mengaji, membetulkan bacaan, atau buta huruf hijaiyyah jangan risau klik disini untuk membantu masalah anda.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian