5 Bahagian MAKHRAJ HURUF Yang Wajib Anda Tahu!

Antara kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca Alquran adalah membunyikan huruf-huruf Alquran dengan bunyi yang kurang tepat.

makhraj huruf setiap satu
Gambarajah Makhraj Huruf Alquran

 

Ini disebabkan ramai yang tidak tahu ingin mula belajar daripada bab mana.

Tambahan pula, apabila wujud banyak istilah yang mengelirukan dan memeningkan!

Sebaiknya kita mulakan daripada mengenal huruf-huruf dan cara sebutan huruf.

Oleh itu, dalam post kali ni, saya bantu untuk menerangkan dengan bahasa yang mudah difahami – insyaAllah.

 

*****

Pengertian Makhraj

Makhraj adalah daripada perkataan Bahasa Arab (Kharaja) yang bermaksud tempat keluar.

Baik. Kita cuba pecahkan satu persatu pengertiannya.

Kharaja = Keluar

Makhraj = Tempat Keluar

Ini bermakna, Makraj Huruf = Tempat Keluar Huruf

 

Jika dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai pronunciation

Rujukan daripada wikipedia;

Pronunciation is the way a word or a language is spoken, or the manner in which someone utters a word. If one is said to have “correct pronunciation”, then it refers to both within a particular dialect.

 

Dalam Bahasa Melayu pula dipanggil fonik ataupun cara menyebut huruf-huruf fonetik huruf.

Tempat keluar huruf

Clear tentang pengertian asal makhraj huruf? Seterusnya kita pergi kepada dimana pula makhraj bagi setiap huruf-huruf dalam Alquran ni.

Untuk huruf-huruf Alquran, ada 5 makhraj hurufnya iaitu.

 

 

Makhraj Huruf Pertama –

Kerongkong (Makhraj Halqi)

Makhraj Huruf Halqi (halkum)

Untuk makraj huruf bahagian ini, ia adalah bagi huruf-huruf yang berikut:

  • Dari pangkal kerongkong  bagi huruf  أ dan ه .
  • Dari tengah tenggang bagi huruf  ح , ع
  • Dari hujung kerongkong bagi huruf  خ , غ

 

Makhraj Huruf Kedua –

Lidah (Makhraj Lisani)

Makhraj Lidah (Lisani)

Ini adalah tempat makhraj huruf bagi kebanyakan huruf Alquran, ada 18 huruf yang terlibat iaitu:

  • Pangkal lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian ‘anak tekak’ atau berada di atas peti suara: ق

  • Pangkal lidah menyentuh langit-langit belakang: ك

  • Lidah bahagian tengah menekan langit-langit atas: ش , ج ,ي

  • Hujung lidah dirapatkan pada Gigi Geraham atas, dan Tepi Lidah (kiri dan kanan) ditekan ke Gigi Geraham: ض

  • Hujung permukaan lidah ditekan ke Gusi di atas Gigi Kapak atau Gigi Atas Bahagian Tengah: ل

  • Hujung lidah ditekan sedikit lebih ke atas dari makhraj Lam: ن

  • Hujung lidah dinaikkan ke langit-langit atas sedikit melengkung, sehingga terlihat lidah bahagian belakang : ر

  • Hujung lidah ditekan ke Pangkal Gigi Kapak bahagian atas :  ت , ط , د

  • Hujung lidah ditekan ke belakang Gigi Kapak bahagian bawah :  ص , ز ,س

  • Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di ujung Gigi Kapak bahagian atas: ذ , ث,ظ

Makhraj Huruf Ketiga –

Kedua Bibir (Makhraj Syafawi)

Makhraj Bibir (Syafawi)

Bagi makhraj huruf kedua bibir pula, ada 2 bahagian sahaja.

  1. Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas  : ف
  2. Bibir Bawah dan Atas posisi rapat, yaitu و , م , ب

Penjelasan lanjut untuk bibir bawah dan atas dengan rapat adalah;

  • Menutup bibir lebih ringan: huruf  م

  • Menutup bibir sedikit lebih kuat: huruf  ب

  • Membulatkan bibir atas dan bawah :  و 

Makhraj Huruf Keempat –

Rongga Mulut (Makhraj Jaufi)

Makraj Rongga (Aljauf)

Bagi maktaj huruf ini, ia merupakan makraj huruf untuk huruf-huruf Mad yang dilepaskan ke dalam Rongga Mulut iaitu :

 

 ـــــــــــــَــــــــــــ ا , ـــــــــــــُـــــــــــ وْ , ـــــــــــــِـــــــــــ يْ

(baca sebagai Alif Mad, Wau Mad, Dan Ya Mad)

 

Makhraj Huruf Kelima –

Rongga Hidung (Makhraj Khaisyum)

Makraj Rongga Hidung (Alkhaisyum)

Bagi makhraj huruf ini, khusus di bahagian pangkal hidung bahagian dalam, iaitu huruf-huruf yang dibaca dengung (ghunnah). Di dalam gambar dinyatakan sekali contoh-contoh bacaan dengung.

 

Kesimpulan

Untuk menguasai 5 bahagian makhraj huruf ini dengan baik, perlukan kepada latihan yang berterusan.

Usah risau jika masih buat kesilapan. Yang lebih penting usaha untuk sentiasa belajar.

Apabila kita berterusan belajar, insyaAllah sebutan huruf akan menjadi semakin baik dan kemas!

 

Mahukah kami bantu tuan puan kuasai
makhraj huruf melalui Video Tutorial?

Picit Sini SEKARANG!

 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!