Belajar Tajwid Tu Memang Susah Ke?

Apa itu tajwid? Tajwid dari segi bahasa adalah memperelokkan. Hukum belajar Tajwid adalah Fardu Kifayah manakala membacanya adalah Fardu Ain.

Sebenarnya masih ramai lagi yang blur dan keliru tentang pengertian asas tajwid.

Saya pernah ajukan soalan ini di dalam group Celik Alquran.

Ada pelbagai jawapan yang diberikan.

Antaranya..

Apa itu Tajwid?
 Apa itu Tajwid?

Baca lagi komen-komen lain.

Macam-macam jawapan yang diberikan!

Ilmu Tajwid ini untuk siapa sebenarnya?
                                           Tajwid dari sisi yang berbeza.

Saya kongsikan pengertian Tajwid daripada segi Bahasa dan Istilah.

Tajwid Dari Segi Bahasa

Memperelokkan sesuatu.

Tajwid Dari Segi Istilah

Mengeluarkan huruf Hijaiyah daripada makhrajnya serta diberikan Hak pada sebutan pada sesuatu ayat itu. Sekiranya sesuatu ayat itu dibaca panjang, dengung- maka ianya akan dibaca mengikut hak sebutannya.

Hukum Belajar Tajwid?

Hukum belajar Tajwid adalah Fardhu Kifayah.

Bermaksud –  Jika di sesuatu tempat sudah ada dikalangan penduduk masyarakat setempat yang sudah belajar Tajwid maka penduduk di kawasan tersebut telah terlepas daripada berdosa.

Hukum Membaca Al-Quran Bertajwid?

Hukum membaca Alquran bertajwid adalah WAJIB bagi setiap orang Islam

Wajib – Buat dapat pahala, Tinggalkan jadi dosa.

Errr..Yeke! Baru tahu harini.

Jadi, jika selama ni baca Alquran ‘main langgar’ je apa jadi?

Jika sebelum ni tak tahu – tak mengapa.

Tapi sekarang dah tahu kan?

Jika tak tahu boleh belajar.

InsyaAllah pasti akan dipermudahkan dan diberikan jalan.

Jika tak tahu nak bermula dari mana, boleh belajar dari dalam group Celik Alquran.

PERCUMA – Dan ramai yang sedia membantu di dalam tu.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

10 Tip Khatam Al-Quran Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Ramadhan sinonim dengan Alquran. Biasanya pada bulan ini, ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh untuk khatamkan Alquran sekurang-kurangnya sekali. Kami kongsikan tips supaya sempat

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian