Apa kaitan Belajar Al-Quran dengan Keadaan Rumah?

Seronok apabila ada rumah di tepi sawah.

Dapat menghirup udara yang segar. Turut dihiasi oleh pemandangan yang cantik.

Kita boleh buat perbandingan antara orang yang belajar Al-Quran dengan sebuah rumah.

Kaitan belajar Al-Quran dan rumah.

Kita sentiasa merasakan rumah adalah tempat yang paling selamat.

Di rumahlah kita berehat bersama keluarga. Juga menyimpan barang berharga.

Dan hakikat yang penting untuk kita ingat, Al-Quran juga sebenarnya salah satu daripada penyelamat kita di akhirat.

Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” [Hadis 1452]

Ini adalah jaminan daripada lisan Nabi sendiri iaitu orang yang terbaik dikalangan kita adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya!

 Kita lihat satu lagi hadis Nabi S.A.W

Dari Aisyah r.ha : Nabi saw bersabda, “Orang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang mulia lagi benar. Orang yang teragak-agak (merangkak-rangkak) dalam membaca Al-Quran dan dia bersusah payah mempelajarinya, untuknya pahala dua kali ganda.”

Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar Al-Quran, walaupun membaca dengan merangkak-rangkak diberi pahala double oleh Allah.

Untungkan sesiapa yang mengambil peluang belajar Al-Quran?

Kaitan Al-Quran Dan Keadaan Rumah

Berpandukan kepada pengalaman saya bertemu dengan ramai orang dewasa, saya boleh kaitkan orang yang belajar Al-Quran ini kepada 5 keadaan rumah.

Rumah sudah siap dan selesa. Malah orang lain juga boleh menumpang di rumahnya

Orang yang sudah pandai malah memahami.

Apabila kita sudah pandai membaca Al-Quran – Baguslah!

Tapi, kan lagi bagus jika kita turut bantu orang lain untuk belajar Al-Quran?
Ajar kawan-kawan. Saudara mara.

Lagi baik, buka kelas belajar membaca Al-Quran.

Kita bantu supaya lebih ramai orang berpeluang untuk belajar Al-Quran.

Inilah yang diibaratkan seperti menjadi rumah yang selesa dan menjadi tempat orang lain pula berteduh.

Setuju?

Rumah cantik tetapi tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain

Orang yang sudah pandai baca tetapi tidak memahami.

Tahniah kerana sudah pandai membaca. Tapi, sayangnya kita tidak menjadi tempat penyebar manfaat.

Tak berasa rugi?

Rumah kita sudah besar dan cantik. Tapi hanya untuk diri sendiri.

Bukankah bagus jika kita jadi tempat rujukan untuk orang lain juga untuk belajar Al-Quran?

Mafhum satu hadis Nabi:
Sebaik-baik dikalangan kamu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Jika kita sudah pandai, mari kita bantu orang lain pula. Sebarkan manfaat.

Bantu lebih ramai orang lagi untuk belajar Alquran!

Rumahnya dalam pembikinan dan rumahnya bakal siap

Orang yang masih belajar dan terus istiqamah insyaAllah, sampai masa ia akan siap juga.

Kunci kepada pandai belajar Al-Quran adalah istiqamah.

Apa itu istiqamah? Ia bermaksud bersungguh-sungguh dan tekun tanpa putus asa.

Sekarang masih belum pandai baca Al-Quran? Usah risau.

Selagi kita terus gigih berusaha, insyaAllah suatu hari nanti akan pandai juga!

Rumah yang sudah mula di bina tetapi mengambil masa yang agak lama untuk siap. Entah bila boleh di duduki

Ibaratnya orang yang tiada kesungguhan tetapi sekali sekala baca.

Kunci kepada kejayaan adalah pengulangan.
Kunci kepada pengulangan adalah Istiqamah.

Jika buat tak istiqamah, kurang bersungguh-sungguh bila agaknya boleh pandai baca?

Tiada rumah dan tiada tempat tinggal

Orang yang tiada minat lansung untuk belajar ibaratnya orang yang tidak selamat.

Mengapa saya katakan tidak selamat?

Kerana Allah memberinya masa, harta, nyawa, dan akal untuk belajar ilmu al-Quran tetapi tidak digunakan sebaiknya.

Bahkan lebih teruk lagi apabila ia mengejek dan memperlekehkan pula orang yang belajar Al-Quran.

Umpamanya, tiada rumah tapi perlekehkan orang yang duduk di rumah! Bukankah teruk manusia yang bersikap begitu.

Tanya semula kepada diri sendiri. Agaknya kita mahu masuk ke dalam bahagian yang mana?

Muhasabah diri. Soal sendiri.

Baca juga : https://celikalquran.com/8-tip-menghilangkan-sifat-malas-dijamin-berkesan/

Yasin Buat Ayah!

Hari itu benar-benar memukul ego aku. Sebagai anak lelaki sulung, aku rasakan akulah orang paling tidak berguna di masjid itu.  Jasa baik ayah dalam membesarkan

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian