“Apa Nak Malu,” Bandi Amuk Buang Rasa Malu Belajar Mengaji Dari Iqra

Kenapa nak malu kalau nak belajar mengaji? Belajarkan merupakan fardu yang sangat dituntut. Nak belajar mengaji dengan seronok tak? klik disini.

“Saya boleh membaca al-Quran, cuma dulu belajar tak habis.

Saya penat apabila orang asyik bercerita hal dunia kerana dari dulu sehinggalah usia saya sekarang, saya belum khatam Al-Quran.”

Kata penyanyi Bandi Amuk yang kini menginjak usia 55 tahun. Kini aktif mengikuti aktiviti dakwah dan keagamaan termasuk mempelajari semula al-Quran dari bawah.

Nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia kini mengikuti kelas al-Quran tiga kali seminggu bermula dari Iqra.

Beliau berkata, dia tidak malu untuk belajar semula mengaji dari bawah walaupun usianya sudah lebih separuh abad.

Bandi ditanya ingin bermula dari mana ketika mula menyertai kelas mengaji? Bandi menjawab ingin bermula dari Iqra semula.

“Dulu ketika belajar, makcik yang mengajar saya itu hanya menyapu sampah sambil mendengar kita membacanya.

Kemudian dia tegur kita salah baca. Dia boleh tahu yang tajwid saya salah.

Itu buat saya ambil keputusan belajar semula,” katanya yang kini menetap di Johor Bahru.

Bandi yang mula belajar sejak setahun lalu mengakui proses pembelajarannya kadang-kadang terhenti apabila dia mendapat tawaran mengadakan persembahan di luar Johor Bahru.

“Kadang-kadang saya terfikir perlu menghabiskannya.

Baru-baru ini sebaik tiba di rumah selepas balik dari menjayakan persembahan di Sabah, saya segera bersiap-siap dan pergi belajar kerana ia tanggungjawab.

“Saya ada juga mengajak rakan-rakan lain turut serta. Kalau bolehlah dalam usia begini, kita kurangkan cerita hal dunia,” katanya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Kesimpulannya, selagi nyawa masih dikandung badan maka teruskanlah belajar mengaji. Biarlah bermula daripada bawah sekalipun. Allah sangat suka kepada mereka yang berusaha walaupun merangkak-rangkak.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian