Apakah Hukum Wanita Haid Membaca Al-Quran?

Ini antara soalan paling popular akan ditanya bagi wanita yang sedang haid atau anak perempuan mereka yang sedang datang haid.

Mereka sering terkeliru dan ragu-ragu tentang bolehkah mereka yang sedang dalam keuzuran membaca Al-Quran?

Jawapan ini dipetik oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jika anda ingin membacanya dari website asal, boleh layari link ini.

Dalam masalah ini terdapat dua pandangan.

Haram

Ini adalah pendapat daripada jumhur Fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca Al-Quran ketika uzur dan sedang berjunub.

Ianya berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar R.A :

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ

‘Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada Al-Quran.’ (Riwayat Al-Tarmizi)

Bagaimanapun hadis ini dhaif disisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayat daripada mereka adalah dhaif.

Harus

Ini pula pendapat daripada ulama Malikiyyah yang sahih. Wanita yang dalam keuzuran dibolehkan untuk memegang Al-Quran dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.

Kelonggaran ini hanya untuk wanita yang sedang uzur sahaja bukan untuk yang sedang berjunub.

Kerana tempoh datang haid ini lama, dibimbangi hafazan Al-Quran mereka akan terluput.

Sedangkan berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

Diharuskan juga bagi pelajar-pelajar madrasah Tahfiz Al-Quran untuk meneruskan pembelajarannya supaya tidak lupa disebabkan datang haid.

Bagi mereka yang sedang dalam haid juga boleh beralih mendengar Al-Quran melalui CD atau Youtube yang membolehkan mereka mengingati dan mengulang hafazan mereka.

Kesimpulannya, wanita uzur yang sedang menghafaz Al-Quran dibenarkan untuk membaca Al-Quran.

Klik disini untuk jawapan dan pencerahan kepada soalan anda berkaitan Al-Quran.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian