Apakah Hukum Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Berbaring?

Pernah tak sebelum tidur anda baca Al-Quran tapi dalam keadaan berbaring? Boleh ke tidak?

Membaca Al-Quran merupakan satu perbuatan zikrullah.

Kerana itu kita dapat melihat sebahagian mufassirin menafsirkan perkataan zikir yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai pembacaan Al-Quran.

Antaranya seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T :

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling dari mengingati-Ku maka buat dirinya kehidupan yang sempit dan Kami akan bangkitkan dia pada hari kiamat kelak dalam keadaan buta.

Surah Taha:124

Imam Al-Nawawi berpendapat bahawa membaca Al-Quran dalam keadaan berdiri, berbaring, ataupun di atas katil. Beliau berkata :

وَلَو قَرَأَ قَائِمًا أَو مُضْطَجِعًا أو فِي فِرَاشِهِ أو عَلَى غَيرِ ذَلِكَ مِنَ الأَحْوَالِ جَازَ وَلَهُ أَجْر

Maksudnya : Sekiranya seseorang itu membaca Al-Quran dalam keadaan berdiri, berbaring, di atas katilnya, atau keadaan-keadaan selainnya, maka ia diharuskan (dibolehkan) dan dia mendapat pahala.

Rujuk Al-Tibyan fi Adab Hamalat Al-Quran, Al-Nawawi (Hlm. 80)

Kesimpulannya, hukum membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring adalah HARUS.

Islam adalah agama yang mudah. Selagi tidak melanggar hukum maka boleh kalau kita membaca Al-Quran secara baring.

Walau bagaimanapun, keadaan yang paling sempurna adalah duduk dengan penuh kusyuk dan penuh ketenangan.

Adab Dalam Mengaji Alquran

Al-Quran adalah kitab Suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk dijadikan garisan hidup sehingga ke akhir zaman. Sebelum mula membaca Al-Quran, ada beberapa adab-adab mengaji

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian