Apakah Hukum Membaca Al-Quran Guna Telefon Bimbit Tanpa Wuduk?

Ada seseorang bertanya kepada saya tentang hukum membaca Al-Quran guna aplikasi dalam telefon bimbit tapi tak ada wuduk.

Boleh ke?

Baiklah saya akan terangkan ya?

Membaca al-Quran merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

Malah akan diberikan pelbagai ganjaran dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca al-Quran.

Kelebihan membaca Al-Quran juga ianya boleh memberi syafaat pada hari kiamat kelak. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bi Ka’ab al-Qurazi:

Aku mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ

Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebaikan.

(HR Al-Tirmizi)

Adab-Adab Membaca Al-Quran

Seperti yang kita tahu, membaca Al-Quran terdapat adab-adab yang dituntut oleh para fuqaha’.

Di antaranya adalah membersihkan mulut dengan bersiwak atau selainnya.

Disunatkan membaca al-Quran ketika ia dalam keadaan suci.

Sesiapa yang membaca Al-Quran dalam keadaan berhadas maka diharuskan.

Ini merupakan ijmak para ulama.

Dalam nukilan Imam Nawawi:

Imam Haramain menyebut bahawa membaca Al-Quran ketika berhadas bukan perkara yang makruh akan tetapi ia meninggalkan perkara yang afdhal.

Dan bagi orang yang berjunub (berhadas besar) dan haid maka haram bagi mereka membaca Al-Quran.

Selain itu, Imam Qurtubi menyebut di dalam kitabnya bahawa para ulama berbeza pendapat tentang menyentuh mushaf dalam keadaan tidak berwuduk.

Jumhur ulama melarang daripada menyentuhnya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Hazm RA.

Imam al-Nawawi menyatakan juga haram seseorang yang berhadas menyentuh mushaf dan membawanya sama ada membawanya secara tidak langsung atau secara langsung. 

Sekiranya Al-Quran ditulis pada kayu maka hukumnya adalah seperti hukum mushaf sama ada tulisan itu sedikit atau banyak.

Kesimpulannya, boleh membaca Al-Quran yang dibuka di dalam telefon bimbit kerana telefon bimbit bukan kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.

Ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang.

Berbeza dengan mushaf yang tulisannya akan kekal.

Tapi disunatkan untuk mengambil wuduk untuk membaca Al-Quran serta menjaga adab-adab ketika membaca al-Quran.

Seperti menutup aurat, mengadap kiblat dan membersihkat mulut.

SUMBER: Mufti Wilayah Persekutuan

ARTIKEL MENARIK: Apakah Hukum Wanita Haid Membaca Al-Quran?

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian