Apakah Hukum Membaca Al-Quran Tanpa Menutup Aurat?

Hukum asal membaca Al-Quran tanpa menutup aurat ialah Harus. Dalam Al-Quran dan Hadis tidak disebut tentang ini.

Tetapi, adab membaca Al-Quran ialah menutup aurat secara sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama.

Membaca Al-Quran dalam keadaan yang baik merupakan cara kita mengagungkan syiar Allah SWT.

Dan itu merupakan bukti ketaqwaan kita kepada-Nya sebagaimana firman-Nya dalam Al-Quran:

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Maksudnya: Barangsiapa yang mengagungkan syiar Allah, maka itu termasuk (bukti) ketaqwaan dalam hatinya”

Surah Al Hajj (32)

Al-Hakim Al-Tirmidzi menyebut dalam kitab Nawadir al-Usul antara cara kita menghormati dan mengagungkan al-Quran adalah dengan cara:

أَن تتلبس لَهُ كَمَا تتلبس للدخول على الْأَمِير لِأَنَّك مناج

Maksudnya: Hendaklah kamu berpakaian seperti mana kamu berpakaian ketika ingin bertemu seorang raja untuk meminta sesuatu permintaan.

Beliau menyebut lagi:

وكان أبو العالية إذا قرأ اعتم ولبس وارتدى واستقبل القبلة

Maksudnya: Diceritakan bahawa Abul ‘Aliyah sewaktu ingin membaca Al-Quran, beliau akan mengenakan serban dan pakaian yang indah dan akan menghadap kiblat.

(Rujuk Al-Hakim al-Tirmizi, Nawadir al-Usul fi Ahadith al-Rasul, 3/253)

Kesimpulannya, lebih elok kalau kita membaca Al-Quran dalam keadaan menutup aurat dan bersih daripada hadas kecil dan besar.

Kerana Allah SWT amat suka kepada kebersihan dan kesucian.

Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman. Maknanya orang yang beriman ialah orang sukakan kebersihan.

Baca juga : 5 Tip Berkesan Untuk ‘Istiqamah’ Membaca Al-Quran Setiap Hari

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian