Apakah Ibadah Yang Wanita Boleh Lakukan Ketika Sedang Haid?

“Ustaz, Apakah ibadah yang wanita boleh buat ketika haid?

Bolehkah wanita yang hafaz Al-Quran ingin mengulang hafalan ketika haid.”

Ada dua pandangan kerana pertembungan antara nas dan etika penghafaz al-Quran.

Jumhur fuqaha berpendapat wanita yang dalam keadaan haid atau nifas diharamkan membaca al-Quran secara mutlak dalam semua keadaan.

Perkara ini berdasarkan hadis Ibn Umar:

“Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Quran.”

(Daif al-Tirmizi)

Guru dan ustazah yang haid juga boleh mengajar Al-Quran seperti biasa bagi tujuan memenuhi keperluan mendidik ummah yang lebih besar maslahatnya.

Jika mereka diharamkan berbuat demikian, maka banyak keburukan akan berlaku seperti hilangnya hafalan yang dihafal sekian lama.

“Bolehkah ustaz senaraikan perkara yang dibenarkan bagi wanita haid lakukan untuk tujuan ibadah?”

“Boleh boleh.”

Perkara yang dibenarkan untuk wanita yang haid dan nifas lakukan adalah mereka dibenarkan melakukan semua rukun serta kewajipan haji atau umrah kecuali tawaf mengelilingi Kaabah.

Mereka jugaboleh lalu kawasan dalam masjid dengan syarat memastikan kebersihan kawasan berkenaan terpelihara.

Wanita yang menghafal dan mengajar Al-Quran adalah dibenarkan untuk memegang serta membaca Al-Quran.

Wanita haid juga digalakkan berzikir dengan ayat tertentu yang dipetik daripada sebahagian ayat Al-Quran atau hadis.

Mereka boleh mendengar bacaan ayat suci Al-Quran yang dikumandangkan oleh orang lain sama ada di televisyen, radio dan sebagainya.

Mereka boleh melakukan semua perkara dengan suami kecuali jimak.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Lakukan apa sahaja (dalam pergaulan rumah tangga) kecuali persetubuhan.”

Mereka yang biasa melakukan qiamullail di pertengahan malam boleh memperbanyakkan doa sebagai gantian kepada solat yang diharamkan ke atas wanita haid.

ARTIKEL MENARIK : Omar Abdul Aziz Tidak Rela Mengalah Membantu Orang ‘Buta’ Al-Quran

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian