Apakah Keistimewaan Al-Quran?

Al-Quran adalah kalam Allah. Sudah tentu banyak keistimewaannya. Terdapat ayat yang menunjukkan keistimewaan Al-Quran.

Firman Allah SWT:

الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Maksudnya: Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

(Surah Hud: 1)

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءَهُمْ وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيزٌ ﴿٤١﴾ لا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang kufur terhadap al-Quran ketika sampai kepada mereka, akan diazab. Dan sesungguhnya ia sebuah Kitab Suci yang mulia. Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

(Surah Fussilat: 41-42)

Antara 7 keistimewaan Al-Quran Daripada Pendapat Al-Syahid Hasan Al-Banna :

  • Kitab Ilahi
  • Dipelihara sebaiknya
  • Sebuah mukjizat
  • Penerangan dan kemudahan
  • Kitab agama keseluruhannya
  • Sebuah kitab zaman keseluruhannya
  • Insaniah keseluruhannya

Kesimpulannya, AlQuran adalah kitab yang mulia. Jadikannya sebagai buku yang wajib dibaca setiap masa. Bahagia dapat pahala pun dapat.

SUMBER : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian